LIVERPOOL: Bos Manchester City, Pep Guardiola, berkata penyokong Anfield membaling syiling ke arahnya semasa pasukannya tewas 1-0 dalam Liga Perdana England di Liverpool.
Guardiola berkata syiling dilemparkan ke arahnya selepas Phil Foden mempunyai gol yang dibatalkan oleh VAR.
Liverpool juga telah membuka penyiasatan mengenai insiden tersebut.
Jurucakap kelab berkata: "Kami menyedari insiden yang melibatkan objek dibaling ke kawasan teknikal pada perlawanan hari ini.
"Ini adalah perbuatan yang tidak boleh diterima dan bukan standard yang kami jangkakan di Anfield."
Insiden tersebut akan disiasat menggunakan CCTV dan mereka yang didapati bersalah akan dihukum, termasuk larangan seumur hidup daripada menonton di Stadium Anfield dan kemungkinan perintah larangan bola sepak.
Polis Merseyside berkata ia bekerja rapat dengan kedua-dua kelab untuk menyiasat insiden itu. - Agensi berita
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg