Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guardiola, Dyche positif Covid-19... tidak berpeluang pimpin kelab dalam Piala FA

Jan 8, 2022 | 5:30 AM
MANCHESTER CITY, BURNLEY TANPA PENGURUS: Pep Guardiola (atas), dan Sean Dyche. - Foto fail
MANCHESTER CITY, BURNLEY TANPA PENGURUS: Pep Guardiola (atas), dan Sean Dyche. - Foto fail -

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dan pengurus Burnley, Sean Dyche, masing-masing tidak berpeluang untuk memimpin pasukan mereka dalam pusingan ketiga pertandingan Piala FA setelah diuji positif bagi Covid-19.

Guardiola, 50 tahun, dan penolongnya, Juanma Lillo, kededuanya didapati positif Selasa lalu.

Mereka antara 21 pemain dan pegawai City yang kini sedang menjalani pengasingan sebelum perlawanan mereka menentang Swindon Town awal pagi tadi.

Dyce pula tidak akan dapat memimpin pasukannya apabila Burnley bertemu Huddersfield malam ini di padang sendiri.

Meskipun demikian, kededua Burnley dan Manchester City tidak pula memberi sebarang petanda bahawa perlawanan mereka mungkin akan dibatalkan.

Dipercayai tujuh pemain skuad utama City kini sedang menjalani pengasingan.

Penolong jurulatih, Rodolfo Borreli, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin City dalam perlawanan di County Ground menentang pasukan Liga Dua ITU.

Burnley bagaimanapun memberi gambaran bahawa tidak ada penularan besar di kelab tersebut.

Ini setelah pasukan Clarets itu melihat tiga perlawanan mereka dibatalkan Disember lalu kerana kes Covid di kelab tersebut.

Sejumlah 17 perlawanan liga utama England telah dibatalkan dan terpaksa dijadual semula sejak awal Disember ekoran penularan varian Omicron Covid-19.

Sehingga Isnin lalu, Liga Perdana England melaporkan 14,250 ujian Covid-19 telah dijalankan ke atas pemain dan kakitangan antara 27 Disember hingga 2 Januari dengan 94 kes didapati positif. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg