Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Guardiola kecam keputusan lanjutkan masa permainan; anggapnya sebagai ‘buang masa’

Aug 07, 2023 | 02:15 PM



LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata para pegawai bola sepak England tidak mendapatkan pandangan mereka yang terlibat dalam sukan itu berkaitan peraturan masa kecederaan baru, selepas pasukannya melepaskan satu gol pada minit ke-101 semasa perlawanan Perisai Masyarakat menentang Arsenal.


Dalam perlawanan yang berlangsung pada Ahad itu, Cole Palmer menjaringkan gol pembukaan buat City pada minit ke-77, namun Leandro Trossard menyamakan kedudukan bagi Arsenal pada lewat perlawanan. Arsenal akhirnya menang menerusi tendangan penalti.

Perlawanan Liga Perdana England (EPL) musim baru ini akan mempunyai lebih banyak masa kecederaan dalam usaha ‘imbangi’ masa permainan terhenti secara lebih adil.

“Ia persoalan bagi penggubal dasar untuk fikirkan perkara ini,” kata Guardiola.

Pengurus asal Sepanyol itu menambah:

“Akan terdapat banyak perlawanan dan setiap kali anda tambah lapan hingga 10 minit, agak keterlaluan. Mereka tidak dapatkan pandangan kami yang terlibat dalam bola sepak... pengurus dan pemain.”

Pengubal dasar bola sepak – Lembaga Persatuan Bola Sepak (Ifab) – mengumumkan ia berhasrat untuk “jadikan keadaan lebih adil bagi kededua pasukan dari segi jumlah masa permainan” di permulaan musim.

Lapan minit telah ditambah di Wembley pada Ahad, semasa City sedang mendahului 1-0.

Tapi terdapat kelengahan selama lima minit dalam masa penamat – apabila Kyle Walker dan Thomas Partey menjalani rawatan menyusuli insiden terhantuk kepala – yang kemudian ditambah di akhir perlawanan.

Banyak perlawanan dalam minggu pembukaan EPL akan mempunyai jumlah masa kecederaan yang sama.

“Kini setiap perlawanan akan dimainkan selama 100 minit. Daripada pandangan saya, ia satu pembuangan masa, dan tidak akan dihuraikan dengan hanya melanjutkan 10 minit atau lebih,” katanya.

“Ia lebih memenatkan bagi para pemain. Ia agak keterlaluan,” ujar Guardiola lagi.

Satu lagi peraturan telah menimbulkan masalah pula dengan Arsenal dalam perlawanan itu.

Pengurus dan jurulatih “tidak boleh berhadapan, memasuki ruang peribadi atau adakan kontak fizikal dengan pegawai perlawanan”.

Dan kad-kad kuning akan dilayangkan kepada pemain yang melengahkan permulaan semula permainan atau tidak berundur mengikut jarak yang sepatutnya semasa tendangan percuma diambil. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >