Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Guardiola menang anugerah pengurus terbaik

May 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola dinamakan sebagai pengurus tahunan terbaik oleh Persatuan Pengurus Liga England (LMA) semalam.



Guardiola mengemudi City meraih gelaran Liga Perdana dan Piala Liga manakala awal pagi Ahad ini, skuad bimbingannya akan berusaha untuk dimahkotakan selaku Raja Eropah buat pertama kali apabila berdepan pencabar dari England, Chelsea pada final Liga Juara-Juara di Porto.



Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu mendahului undian yang turut disertai pencabar lain seperti pengurus Leeds, Marcelo Bielsa; Norwich, Daniel Farke; pasukan perempuan Chelsea, Emma Hayes; West Ham, David Moyes dan Leicester, Brendan Rodgers.



"Saya gembira menang pengurus tahunan terbaik LMA buat kali kedua.



"Ia bagi saya adalah trofi istimewa untuk dimenangi kerana ia dipilih oleh rakan pengurus yang lain. Anugerah seperti ini hanya diberikan jika pengurus dikelilingi individu sangat profesional.



"Pemain saya sangat menakjubkan - dedikasi dan tahap profesional mereka sangat baik, walaupun dalam musim yang paling mencabar pernah kami lalui," kata pengendali berusia 50 tahun itu dengan ibunya meninggal dunia ketika pandemik Covid-19.



"Dan kakitangan saya juga berhak diberikan pujian tertinggi. Saya sangat bertuah memiliki individu yang memberikan apa sahaja setiap hari bagi memastikan Manchester City menjadi yang terbaik.



"Anugerah ini diberikan dan dikongsi bersama mereka," kata Guardiola.



Pengurus berbangsa Sepanyol itu, yang pernah mengecap kejayaan di Barcelona dan Bayern Munich sebelum ini, diperakui sebagai antara pengurus terbaik sepanjang zaman.



Guardiola sebelum ini pernah dipuji kerana mengubah cara permainan City di mana pasukan itu mencecah 100 mata untuk memenangi Liga Perdana Inggeris musim 2017-18 dengan rekod baru.



Sebelum itu Guardiola pernah mengucapkan terima kasih kepada Jurgen Klopp atas pesanan teks selepas menjuarai gelaran Liga Perdana Inggeris dimenangi Manchester City yang menggantikan Liverpool sebagai juara.



Guardiola mengatakan pengendali The Reds itu telah mendorongnya untuk ke tahap yang baru.



Klopp menyifatkan Guardiola sebagai 'pengurus terbaik dunia' sebelum ini, selepas City ditabalkan kejuaraan buat kali ketiga dalam tempoh empat musim.



Pesanan teks daripada Klopp kepada Guardiola bukan hanya yang diterima daripada Merseyside, dengan pengurus Everton, Carlo Ancelotti, turut mengucapkan tahniah kepadanya.



"Saya menerima banyak, dia dan Carlo Ancelotti turut melakukannya," kata Guardiola.



"Saya sangat menghargainya daripada mereka berdua. Saya belum dapat menjawab mesej, tetapi saya akan melakukannya hari ini," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >