Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Guardiola percaya City sudah lalui 'sengsara'

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



ENGLAND: Pengurus Manchester City Pep Guardiola percaya pasukannya sudah "melalui kesengsaraan dan melakukan sesuatu lebih daripada menakjubkan" dengan mengharungi jadual musim sejuk mencabar untuk melanjutkan rekod kemenangan mereka kepada 21 perlawanan dalam semua pertandingan dengan menewaskan Wolverhampton Wanderers kelmarin.



Kemenangan 4-1 hasil tiga gol dalam 10 minit terakhir perlawanan bermakna City belum kehilangan mata dalam liga sejak seri dengan West Bromwich Albion pada 15 Disember, dan kini menghuni puncak liga dengan kelebihan 15 mata.



Sepanjang tempoh itu, mereka bermain 21 perlawanan dalam semua pertandingan, mara ke final Piala Liga (sekarang dipangil Piala Carabao atas sebab-sebab penajaan), suku akhir Piala FA dan mengawal kedudukan mereka dalam perlawanan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara menentang Borussia Monchengladbach.



"Pada musim sejuk di England, ia satu kesengsaraaan dan pada masa itu, kami melakukan sesuatu menakjubkan," kata Guardiola kepada BBC Sports. "Ia lebih daripada menakjubkan.



"Pemain layak menerima semua pujian saya tetapi Liverpool memiliki takhta. Untuk menang Liga Perdana, kami perlu mata itu."



Gol penyamaan oleh Conor Coady, yang jarang berlaku, pada babak kedua - membatalkan kelebihan gol sendiri babak pertama Leander Dendocker - mengancam memusnahkan rancangan City memburu kemenangan Liga Perdana ke-15 berturut-turut mereka.



Dalam perlawangan berat sebelah itu, tandukan Coady pada minit ke-61 - gol sulung Liga Perdana beliau dan sentuhan pertama Wolves dalam kotak penalti lawan - memberi pasukan pelawat itu harapan membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.



Namun, Gabriel Jesus meletak City kembali di depan di Stadium Etihad setelah hantaran Kyle Walker datang kepadanya.



Dengan semangat Wolves musnah, Riyad Mahrez, yang kini dalam prestasi baik, meledakkan gol liga ketujuhnya musim ini, sebelum Jesus menjaringkan gol keduanya, selepas penolong pengadil video (VAR) memutuskan beliau tidak ofsaid.



Pendahulu liga itu akan berdepan penghuni tempat kedua Manchester United Ahad ini, dengan peluang melangkah setapak lebih dekat bagi merangkul kejuaraan.



"Kami ada satu atau dua hari untuk berehat dan saya sedar betapa kuat mereka," ulas Guardiola tentang United.



"Ia peluang hebat untuk membuat langkah besar dan kami akan cuba melakukannya."



City juga telah menyamakan rekod kelab beraksi dalam 28 perlawanan tanpa kalah. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >