Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

Haaland antara penyerang terhebat pasukan pimpinan Guardiola

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Erling Haaland ialah pemain istimewa dan antara penjaring gol terbaik pernah beraksi dalam pasukannya, kata pengurus Manchester City, Pep Guardiola.



Beliau berkata demikian semasa bercakap dengan wartawan menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang FC Copenhagen.



Dengan musim hanya berusia 12 perlawanan, Haaland telah pun menjaringkan 15 gol Liga Perdana England (EPL) dan lagi lima gol dalam Liga Juara-Juara.



"Saya enggan memujinya secara keterlaluan, tetapi Haaland jelas sekali berada dalam golongan penjaring gol terbaik.



"Saya mempunyai banyak penjaring gol yang begitu handal dan Erling salah seorang daripada mereka," kata Guardiola.



"Beliau bukan sahaja boleh memahami arahan dengan pantas, malah mudah bekerjasama dengan rakan sepasukan lain.



"Tapi saya enggan bercakap lebih banyak mengenai Haaland kerana kelakuan dan pencapaiannya di padang lebih daripada memadai."



Haaland menjaringkan dua gol pada minggu lalu semasa City menundukkan Copenhagen 5-0 yang kini terjerumus di kaki Kumpulan G.



Beliau dijangka meneruskan form hangat dalam EPL pada hujung minggu ini apabila City bertandang ke padang Liverpool.



Sementara itu, Haaland telah mendedahkan sedikit rahsia amalan hariannya yang mungkin membolehkan beliau menjadi antara pemain bola sepak berbisa dunia.



Beliau bukan sahaja makan hati dan peparu lembu, malah minum air yang telah ditapis mengikut cara tapisan yang rumit.



Dalam satu wawancara bagi dokumentari berjudul Haaland: The Big Decision, bintang muda bola sepak dari Norway itu berkata beliau juga memastikan beliau melihat matahari setiap pagi supaya tubuhnya benar-benar bersedia untuk menghadapi cabaran harian.



Dalam pada itu, beberapa bekas pemain pertahanan telah berkongsi dalam wawancara berasingan tentang strategi mereka untuk membendung Haaland jika mereka masih beraksi.



Bekas pemain pasukan nasional Belanda dan bintang Manchester United, Jaap Stam, berkata pemain pertahanan yang ditugaskan untuk membendung Haaland harus 'melekat' dengan pemain itu dan jangan membiarkan beliau menerima bola.



Seorang pemain lain pula harus bersedia membendung Haaland jika beliau berjaya meloloskan diri, kata Stam.



"Seorang pemain mungkin tidak cukup untuk membendungnya... saya rasa anda memerlukan dua pemain untuk memastikan beliau tidak boleh bergerak dengan bola



"Paling penting sekali ialah untuk bersikap agresif," ujar Stam.



Menambah, Stam, 50 tahun berkata pasukan harus membuat perubahan semasa bertahan untuk membendung Haaland apabila menentang City.



"Bagi saya, pilihan pemain pertahanan yang ditugaskan untuk membendungnya juga penting. Anda perlukan pemain yang berani dan agresif merebut bola," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >