Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK

Haaland boleh sertai Barcelona walaupun Barca dibeban hutang

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Penyerang Borussia Dortmund Erling Braut Haaland boleh menyertai Barcelona pada musim panas ini meskipun kelab Sepanyol itu dihimpit hutang lebih satu bilion euro, kata pakar bola sepak Sepanyol Guillem Balague.



Warga Norway berusia 21 tahun itu memiliki klausa pelepasan kontrak 75 juta euro ($115 juta) yang boleh menyaksikan beliau meninggalkan Dortmund pada akhir musim.



"Barcelona perlu menjual pemain bintang dengan gaji lumayan, tapi ia tidak mustahil dan mereka yakin dapat melaksanakannya," kata Balague kepada podcast Euro Leagues BBC Radio 5 Live.



Barcelona terpaksa melepaskan penyerang Argentina Lionel Messi secara percuma musim panas lalu akibat peraturan permainan adil kewangan La Liga, walaupun presidennya Joan Laporta berjanji untuk mengekalkan pemain bintang itu dalam skuad.



Mereka juga tidak sepenuhnya yakin bahawa Messi adalah masa depan kelab itu.



Bagaimanapun, mereka menandatangani penyerang Sepanyol Ferran Torres, 21 tahun, dari Manchester City dalam perjanjian £46.3 juta ($85.3 juta) bulan lalu, dengan Laporta berkata Barca "kembali muncul sebagai pemain besar" dalam pasaran pemindahan.



Namun, mereka tidak dapat mendaftar Torres untuk beraksi di liga sebab kewangan.



"Laporta menjanjikan masa depan yang penuh harapan," tambah Balague, yang berkata Barcelona dalam proses memuktadmadkan pinjaman 1.5 bilion euro daripada bank pelaburan Amerika Golden Sachs untuk membina semula stadium dan sekitarannya, yang akan menambah kepada 595 juta euro yang mereka pinjam daripada bank itu.



Sebahagian daripada pinjaman wang itu akan merangkumi hutang 1.3 bilion euro yang Laporta mengakui kelab itu perlu menanggung.



"Beliau cuba menunjukkan mereka bersedia mendapatkan mana-mana pemain besar dan ia tidak mustahil untuk menandatangani Haaland. Ia boleh berlaku.



"Bagaimana mereka akan dapatkan Haaland? Mereka harus menjual beberapa pemain dan Philippe Coutinho, Samuel Umtiti, Sergino Dest, Clement Lenglet, Frenkie de Jong, Martin Braithwaite, Oscar Mingueza, Luuk de Jong akan dijual dan kemudian mereka dapat membawa masuk seorang pemain. Ia rumit tapi tidak mustahil."



Balague menjelaskan bahawa Barcelona mungkin menarik balik penolakan mereka terhadap pinjaman daripada pelabur swasta CVC yang La Liga perolehi untuk kelab-kelabnya, dan ia mungkin membantu meningkatkan had gaji.



Haaland menjaringkan 76 gol dalam 74 perlawanan untuk Dortmund dalam semua pertandingan sejak berpindah daripada pasukan Australia Red Bull Salzburg pada Januari 2020.



Beliau telah dikaitkan dengan kelab-kelab terbesar Eropah, namun Balague percaya La Liga akan menjadi pilihannya.



"Dia boleh dapat lebih banyak wang bermain di Liga Perdana tapi dia lebih gemari Sepanyol," tambah Balague. "Tarikan bermain di Real Madrid dan Barcelona masih kuat." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >