Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Haaland mampu jadi legenda City

Sep 02, 2022 | 05:30 AM



MANCHESTER: Pep Guardiola mencabar Erling Haaland untuk menjadi legenda Manchester City selepas penyerang Norway itu sekali lagi menjaringkan hatrik, membantu kelab itu mengatasi Nottingham Forest 6-0 semalam.



Haaland memusnahkan Forest dengan tiga gol dalam tempoh 26 minit di babak perlawanan pertama di Stadium Etihad, hanya empat hari selepas beliau merakam hatrik dalam kemenangan ke atas Crystal Palace.



Penyerang berusia 22 tahun itu kita mencatat rekod sebagai pemain pertama dalam era Liga Perdana England yang menjaringkan sembilan gol dalam lima perlawanan pertama, memecah rekod bekas bintang City, Sergio Aguero dan bekas pemain Coventry City dan Newcastle, Michael Quinn.



Namun, perjalanan Haaland masih jauh untuk mengejar pencapaian Aguero sebagai penjaring gol terbanyak City, tetapi Guardiola yakin bekas pemain Borussia Dortmund itu mampu mengukir namanya dalam sejarah kelab.



"Sergio adalah legenda. Tidak ada sesiapa dapat menggantikan tempatnya di hati peminat City, termasuk menjaringkan gol paling penting dalam sejarah moden kelab ini.



"Tapi Erling mempunyai kualiti untuk berada di kedudukan yang sama. Apa yang Sergio lakukan sangat menakjubkan, tetapi Erling mempunyai bakat yang kita boleh lihat pada masa ini.



"Ketika City membeli Erling, semua orang berkata tentang apa yang beliau lakukan sebelum ini. Apa yang kami mahu lakukan ialah membantunya menjaringkan lebih banyak gol.



"Beliau kini cuba lakukan lagi apa yang beliau selalu lakukan untuk kelab-kelabnya yang lalu dan semasa mewakili negaranya. Beliau berbakat dan kami sedar beliau berbakat," kata Guardiola.



City mendahului permainan pada minit ke-12 apabila hantaran Phil Foden menemui Haaland yang tidak mensesiakan peluang itu.



Haaland, yang bapanya Alfie bermain untuk Forest antara 1993 dengan 1997, menggandakan jaringan pada minit ke-23, sebelum menjaringkan gol ketiga dan melengkapkan hatrik lapan minit kemudian.



Haalan kini disebut-sebut sebagai pilihan utama memenangi anugerah but emas yang diberikan di akhir musim kepada penjaring gol terbanyak liga .



Namun, Haaland berkata matalamat utamanya adalah untuk membantu City memenangi trofi dan bukan untuk meraih kejayaan peribadi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >