Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND

Haaland, Nunez bakal 'gegarkan' Liga Perdana England

Jun 15, 2022 | 05:30 AM



DUA penyerang muda berbakat bakal beraksi dan menyerlahkan lagi saingan di Liga Perdana England (EPL) musim depan antara dua pasukan teratas.



Erling Haaland sudahpun melengkapkan perpindahannya ke Manchester City kelmarin, sementara Darwin Nunez semakin hampir menyertai Liverpool dari Benfica dalam masa terdekat ini.



Haaland berkata perpindahannya ke City merupakan satu langkah hebat untuk kerjayanya dan beliau mahu merangkul lebih banyak trofi bersama juara EPL itu.



Bulan lalu, City mengumumkan ia memeterai perjanjian dengan kelab gergasi Jerman, dari Borussia Dortmund itu apabila membayar klausa pelepasan Haaland berjumlah £51 juta ($74.1 juta).



Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu dilengkapkan secara rasmi, semalam, apabila Haaland menandatangani kontrak lima tahun sekali gus mengikut jejak bapanya, Alfie Inge Haaland, yang bermain untuk City antara 2000 dan 2003.



"Ini adalah hari yang membanggakan buat saya dan keluarga. Saya selalu menyaksikan perlawanan City dan meminatinya sejak beberapa musim lalu," kata Haaland.



"Saya mahu menjaringkan banyak gol, memenangi trofi dan meningkat sebagai pemain bola sepak dan yakin mampu melakukannya di sini.



"Ini adalah langkah hebat buat saya, dan saya tidak sabar untuk bermula dengan latihan pra musim."



Kehadiran antara bakat terbesar dalam bola sepak dunia itu menamatkan usaha City mencari penyerang berbisa bagi menggantikan Sergio Aguero, yang meninggalkan kelab itu tahun lalu.



Musim panas lalu, City gagal mendapatkan kapten pasukan England, Harry Kane dari Tottenham Hotspur, tetapi anak buah Pep Guardiola masih mampu mengatasi Liverpool dengan satu mata untuk gelaran EPL keempat dalam lima musim.



Haaland menjaringkan 23 gol dalam 19 perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bersama Dortmund dan RB Salzburg dan dijangka membantu City melangkah lebih jauh di Eropah.



"Terdapat ramai pemain kelas dunia dalam skuad ini dan Pep adalah satu daripada pengurus terhebat sepanjang zaman.



"Jadi, saya percaya berada di tempat yang betul untuk mencapai impian saya," katanya.



Sementara itu, Liverpool dikatakan sudahpun mencapai persetujuan dengan Benfica untuk menandatangani penyerang Uruguay mereka, Nunez menerusi nilai perpindahan yang boleh mencecah sehingga £85 juta ($123 juta).



Kelab EPL itu sudah berbincang dengan Benfica selama beberapa minggu dan pengarah sukan baru Liverpool, Julian Ward dipercayai akhirnya mencapai persetujuan dalam rundingan itu.



Jika semua syarat dipenuhi, perpindahan pemain berusia 22 tahun itu akan mengatasi yuran perpindahan termahal kelab Liverpool sebanyak £75 juta ketika mereka mendapatkan pemain bek tengah Belanda, Virgil van Dijk dari Southampton pada 2018.



Nunez, yang tidak beraksi bersama skuad Uruguay ketika mereka melakar kemenangan 5-0 ke atas Panama pada perlawanan persahabatan Sabtu lalu, dijangka akan menjalani ujian perubatan minggu ini yang mungkin mengambil masa dua hari untuk diselesaikan.



Pemain itu sudah menyatakan hasratnya untuk beraksi di bawah bimbingan pengurus Reds, Jurgen Klopp walaupun Manchester United berminat untuk mendapatkannya. - Agensi berita.




BIOGRAFI & STATISTIK PEMAIN



ERLING HAALAND

Usia: 21 tahun

Posisi: Penyerang

Kelab baru: Manchester City

Statistik pemain musim lalu: 29 gol dalam 29 perlawanan untuk Borussia Dortmund dalam semua pertandingan



DARWIN NUNEZ

Usia: 22 tahun

Posisi: Penyerang

Kelab baru: Liverpool

Statistik pemain musim lalu: 34 gol dalam 39 perlawanan untuk Benfica dalam semua pertandingan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >