Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Haaland pemain paling cepat jaring 20 gol dalam sejarah EPL

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Erling Haaland menjadikan kekecewaan terpaksa menonton Piala Dunia di televisyen sebagai motivasi untuk beliau menjaringkan lebih banyak gol dalam Liga Perdana England.



Beliau menambah jumlah golnya kepada 20 dalam 14 perlawanan dengan dua gol dalam kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Leeds di Elland Road kelmarin.



Ia masa paling cepat dicapai sebarang pemain bagi menjaringkan 20 gol dan tujuh perlawanan lebih cepat daripada yang kedua terpantas - Kevin Phillips daripada Sunderland pada 1999-2000 - dan cukup untuk menjamin But Emas dalam lima kempen Liga Perdana.



Dan yang seharusnya membimbangkan pesaing City, pengurus Pep Guardiola berkata Haaland "tidak berada pada tahap terbaiknya".



"Saya duduk di rumah, agak berang saya tidak bermain dalam Piala Dunia," kata Haaland kepada Amazon Prime. Negaranya, Norway, tidak menyertai Piala Dunia di Qatar.



"Menonton pemain lain menjaringkan gol bagi memenangi perlawanan Piala Dunia menggerakkan, memotivasi dan menjengkelkan saya. Saya lebih dahaga dan saya lebih bersedia berbanding sebelum ini."



Haaland lahir di Leeds dan meminat pasukan itu sejak kanak-kanak kerana bapanya Alfie pernah menyarung jersi Leeds dan Manchester City, dan beliau menyaksikan jaringan cemerlang terbaru anaknya dari tempat duduk penonton Elland Road.



"Saya gembira - ia detik istimewa dalam kerjaya saya," kata Haaland. "Saya tidak pernah terfikir dalam seumur hidup saya saya akan berada di Elland Road dan menjaringkan gol untuk Manchester City menentang Leeds."



Guardiola berpuas hati dengan jumlah gol yang diperoleh pemain bernilai £51.2 juta ($83.2 juta) dari Borussia Dortmund itu, yang dibeli pada musim panas lalu.



Bagaimanapun, Haaland mengakui beliau seharusnya menjaringkan lima gol tetapi penjaga gol Leeds Illan Meslier hebat dan menghalang tiga rembatannya.



Guordiola berkata Haaland mengambil masa untuk pulih daripada kecederaan kaki yang dialami semasa menentang Dortmund dalam Liga Juara-Juara Oktober lalu.



"Dia belum di tahap terbaiknya, sebagaimana mana prestasinya pada permulaan musim," kata bos City itu. "Tetapi, kecederaan di Dortmund menjejasnya lama."



Guardiola berkata Haaland ha-nya berlatih sekali semasa kem musim panas City di Abu Dhabi awal bulan ini, walaupun beliau mengakui pengamatannya adalah relatif memandangkan penyerang itu telah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan sejak EPL disambung selepas Qatar 2022.



"Tidak mudah untuk dia menggerakkan badannya yang besar, tetapi dengan lebih banyak masa bermain di padang, dia akan menjadi lebih baik," kata pengurus itu.



"Saya berasa pada separuh pertama musim, (peluang kami) pada minit pertama semasa menentang Liverpool (dalam Piala Carabao), dan hari ini, pada minit kedua menentang Leeds, (Haaland) sepatutnya menjaringkan gol.



"Perincian inilah yang sedikit (kurang) tajam. Tetapi, setiap hantaran lintang, setiap aksi, dia ada di sana. Dia mempunyai akal luar biasa; Saya tidak mengajarnya konsep berada di dalam kotak penalti. Dia bergerak dengan sangat baik dan tahu betul-betul di mana bola akan mendarat." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >