Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PEMAIN JADI TUMPUAN

Haarland, Kane antara penjaring terbanyak musim ini

Feb 05, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Bintang Manchester City, Erling Haaland, terus kukuh di kedudukan teratas selaku penjaring terbanyak dalam Liga Perdana England (EPL) sejauh ini dengan 25 jaringan daripada 20 perlawanan.



Selepas jaringan hatrick beliau semasa menentang Wolves, Haaland dikatakan dalam kedudukan baik memecahkan rekod EPL, memerlukan hanya 10 gol dalam baki 18 perlawanan untuk mencapai 34 gol dalam satu musim - satu pencapaian yang diraih Andy Cole dan Alan Shearer sahaja sejauh ini.



Haaland hanya gagal jaringkan dalam lima daripada 20 perlawanan yang disertainya bersama City sejauh ini.



Sementara itu Harry Kane pula telah menjaringkan 16 gol dalam 21 perlawanan Tottenham sejauh ini.



Kane merupakan seorang daripada empat pemain lain yang sejauh ini mempunyai jaringan dua angka dalam musim ini.



Ivan Toney dari Brentford mempunyai 13 gol, Aleksandar Mitrovic dari Fulham pula dengan 11 gol dan Rodrigo dari Leeds United dengan 10 gol.



Padahal Kane pernah dikaitkan dengan City dalam musim panas dua tahun lalu.



Meskipun Kane pernah melahirkan hasrat untuk meninggalkan Tottenham dan tidak menghadiri latihan pramusim, perjanjian itu tidak dapat dikecapi selepas City gagal capai persetujuan untuk memenuhi permintaan pengerusi Tottenham, Daniel Levy, yang meminta sebanyak £160 juta ($259.9 juta) untuk melepaskan penyerang England itu.



Dalam satu temu ramah pada 2020, Haaland hanya menamakan tujuh pemain penyerang yang dianggap lebih berbisa daripadanya - dan Kane merupakan salah seorang daripada pemain tersebut.



Pada masa yang sama, Kane turut memuji pemain itu.



"Semua orang kerap memuji Haaland, kerana beliau bermula dengan baik musim kali ini. Sememangnya beliau layak dipuji," kata Kane September lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >