Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hab Sukan Singapura buka semula kebanyakan kemudahan pada 21 Jun dengan kelonggaran peraturan

Jun 19, 2021 | 06:58 PM



HAB Sukan Singapura mengumumkan pada Sabtu (19 Jun) bahawa kebanyakan kemudahannya akan dibuka semula kepada orang awam mulai Isnin (21 Jun) apabila Singapura memasuki Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat).



Dalam kenyataannya, Hab Sukan Singapura menjelaskan sejak beralih ke Fasa 3 (Kewaspadaan Dipertingkat) pada 14 Jun, pihaknya telah secara beransur-ansur membuka semula banyak kemudahan dan lokasi seperti OCBC Arena, Pusat Sukan Air dan Muzium Sukan Singapura.



Mulai Isnin ini, bersama dengan pembukaan semula kemudahan seperti Gimnasium Hab Sukan, saiz kumpulan maksimum bagi kegiatan yang dijalankan dikembalikan kepada lima orang dengan program tetap di OCBC Arena, Studio Kecergasan Hab Sukan dan Pusat Sukan Air akan dimulakan semula.



Orang ramai harus terus memerhatikan peraturan jarak selamat dan mengamalkan kebersihan peribadi yang baik.



Mereka juga harus elakkan daripada mengunjungi hab ini jika mereka sedang menjalani perintah kuarantin, cuti ketidakhadiran, tempoh pengasingan atau Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).  



Orang awam juga tidak dibenarkan memasuki hab itu seandainya mereka menampakkan tanda jangkitan pernafasan atau mempunyai suhu badan 38 darjah Selsius atau lebih.



Dari 22 hingga 27 Jun, Pusat Akuatik OCBC akan menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Sukan Renang Nasional Singapura. Lokasi itu akan dibuka buat orang awam mulai 28 Jun.



Lokasi seperti Lazy River dan Taman Permainan Air Kanak-Kanak akan terus ditutup kerana ketetapan pemerintah, jelas Hab Sukan Singapura lagi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >