Topik diikuti
Pergi ke BHku'Hadiah' hari jadi terbaik bagi Aizat
Premium
'Hadiah' hari jadi terbaik bagi Aizat
Jaguh muda gimnastik antara 59 atlit S'pura dipilih ke temasya Gold Coast
Jan 25, 2018 | 5:30 AM
'Hadiah' hari jadi terbaik bagi Aizat

PELUANG UJI BAKAT: Aizat Muhammad Jufrie (kiri) dan Martyn Danial Hazwan Armada antara pasukan lelaki gimnastik Negara yang dipilih bertanding di Sukan Komanwel April nanti. Bersama dalam gambar ialah jurulatih mereka yang berasal dari Jepun, Ryosuke Kusumi (tengah). - Foto ihsan AIZAT MUHAMMAD JUFRIE -
IA adalah hadiah hari jadi yang terbaik baginya.
Itulah pengakuan jaguh muda gimnastik, Aizat Muhammad Jufrie, yang menerima berita baik dipilih bersama-sama pasukan lelaki gimnastik negara untuk mewakili Singapura di temasya Sukan Komanwel yang akan berlangsung di Gold Coast, Australia, pada April ini.
