Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

TENIS

Hakim tolak usul batalkan visa; buka laluan Djokovic pertahan kejuaraan Terbuka Aust

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



MELBOURNE: Hakim Australia menetapkan bahawa bintang tenis Novak Djokovic dibebaskan dari pusat tahanan imigresen, dan mendapati keputusan pemerintah untuk membatalkan visa bintang tenis itu "tidak munasabah".



Hakim Anthony Kelly mengeluarkan perintah supaya Djokovic dibebaskan dalam tempoh 30 minit dan pasportnya serta dokumen perjalanan lain dikembalikan, langsung membuka peluang bagi pemain tenis nombor satu dunia itu untuk mempertahankan kejuaraannya dalam Terbuka Australia yang bermula minggu depan.



Meskipun demikian, peguam pemerintah memberitahu mahkamah bahawa menteri imigresen mempunyai hak untuk menggunakan kuasa peribadinya untuk membatalkan visa Djokovic, yang belum menjalani vaksinasi.



Djokovic, 34 tahun, ditahan di hotel tahanan imigresen bersama pencari suaka sejak Khamis lalu.



Beliau dibolehkan menghadiri pejabat peguamnya bagi sesi perbicaraan maya namun tidak dilihat di kawasan awam sejak ketibaannya di Australia.



Peraturan sempadan Covid-19 Australia menetapkan bahawa warga asing yang tidak divaksin penuh tidak dibenar memasuki negara itu, kecuali jika terdapat sebarang pengecualian perubatan.



Sabtu lalu, peguam Djokovic telah mengemukakan dokumen 35 halaman yang mempertahankan bahawa kliennya itu memenuhi kriteria bagi pengecualian sijil vaksin kerana telah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini, dan disahkan oleh ujian PCR pada 16 Disember.



Namun, dalam pemfailan mahkamah kelmarin, peguam Australia berkata ini bukan sebab yang sah.



"Tiada sebarang saranan bahawa pemohon mengalami 'penyakit teruk yang akut' pada Disember 2021.



"Beliau hanya berkata beliau disahkan positif Covid-19. Ini tidak sama," katanya dan menambah bahawa tidak terdapat sebarang jaminan bahawa warga asing boleh memasuki Australia.



Ia menambah satu perkara yang dipersetujui kededua pihak adalah "pemohon belum divaksin".



Sebelum ini Djokovic berkata beliau menentang langkah vaksinasi, tetapi tidak pernah menyatakan secara terbuka sama ada beliau telah menerima vaksin itu atau tidak.



Peguam Australia memberi amaran bahawa pemerintah negara itu mungkin menggunakan kuasa menteri untuk mengusir Djokovic dari negara itu, dan ini bermakna beliau akan dilarang memasuki negara itu selama tiga tahun.



Di Australia, berita bahawa beliau telah diberikan pengecualian perubatan disambut dengan kemarahan rakyat yang telah lama hidup di bawah salah satu negara yang menguatkuasakan peraturan Covid-19 terketat di dunia.



Langkah kawalan tersebut bermakna banyak keluarga yang terpisah dan ramai yang tidak dapat menghadiri upacara pengebumian, kelahiran dan perkahwinan. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >