Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Halim ikrar pergiat takraw di peringkat sekolah, belia

* Gesa anggota Majlis Perses baru ganding demi jayakan pelbagai program yang dirancang * Beberapa muka baru profesional diharap dapat suntik idea segar demi rancakkan sukan
Nov 1, 2017 | 5:30 AM
SIAP BEKERJA KERAS: Presiden Perses, Abdul Halim Kader (duduk, tiga dari kanan), yang menangkis saingannya di AGM Perses malam kelmarin bergambar dengan anggota lain Majlis Perses bagi penggal 2017-2020 yang turut menampilkan beberapa muka baru termasuk Mejar (NS) Zahid Abdul Aziz (duduk, paling kanan) dan Tengku Azan Shah Tengku Indra (berdiri, tiga dari kiri). Turut dalam gambar ialah Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Abdul Sarip Naharawi (duduk, empat dari kiri) dan setiausaha agung baru, Raimon Budin (duduk, empat dari kanan). - Foto ZAINAL YAHYA
SIAP BEKERJA KERAS: Presiden Perses, Abdul Halim Kader (duduk, tiga dari kanan), yang menangkis saingannya di AGM Perses malam kelmarin bergambar dengan anggota lain Majlis Perses bagi penggal 2017-2020 yang turut menampilkan beberapa muka baru termasuk Mejar (NS) Zahid Abdul Aziz (duduk, paling kanan) dan Tengku Azan Shah Tengku Indra (berdiri, tiga dari kiri). Turut dalam gambar ialah Presiden Kehormat Sepanjang Hayat, Abdul Sarip Naharawi (duduk, empat dari kiri) dan setiausaha agung baru, Raimon Budin (duduk, empat dari kanan). - Foto ZAINAL YAHYA -

DENGAN menyifatkan sukan sepak takraw di sini kini berada "di persimpangan", presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Abdul Halim Kader, yang dipilih semula dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) yang berlangsung malam kelmarin, berikrar akan mempergiat usaha merancakkan sukan ini terutama di peringkat sekolah dan belia.

Menghadapi saingan daripada bekas naib presiden Perses yang juga pegawai veteran akar umbi Kaki Bukit CSC, Mohamed Salim Ebrahim Marican, di AGM di Pusat Kecemerlangan Perses, Bedok North, Halim mengekalkan jawatan tertinggi badan sukan itu dengan memenangi undian 14-3 (1 undi rosak).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg