Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA 1

Hamilton, bos Mercedes ucap tahniah kepada saya: Verstappen

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Max Verstappen berkata beliau menerima ucapan tahniah daripada Lewis Hamilton dan bos pasukan Mercedes Toto Wolff selepas memenangi kejuaraan Formula Satu (F1) musim ini.



Verstappen, yang memandu bagi pasukan Red Bull, muncul juara selepas kesudahan musim yang penuh dramatik.



Kemenangan di litar Abu Dhabi dan sekali gus kejuaraan F1 berada dalam tangan Hamilton sehingga pusingan terakhir perlumbaan, apabila tindakan pengarah perlumbaan - yang dianggap memberi kelebihan kepada Verstappen - mengubah haluan perlumbaan.



Verstappen berkata: "Toto memberi saya pesanan teks - tahniah dan saya layak menjadi juara... itu satu pesanan yang amat saya hargai. Hamilton juga seorang atlet yang hebat."



Verstappen berkata demikian semasa bercakap di sidang media pertama sejak ditabal juara F1.



Beliau akur memahami kekecewaan yang dirasakan oleh Hamilton, yang kehilangan kejuaraan di pusingan terakhir.



"Tentunya, hakikat beliau mempunyai tujuh kejuaraan dunia sedikit sebanyak boleh menyejukkannya, tetapi yang nyata ia kesudahan yang pahit baginya," ujar Verstappen.



"Tapi, saya jangka jika perkara itu berlaku ke atas saya, ia mungkin adalah lebih pahit bagi saya kerana saya tidak mempunyai sebarang kejuaraan."



Namun, Verstappen berkata Hamilton tetap bertemunya untuk mengucapkan tahniah di akhir perlumbaan.



"Ini menunjukkan sifat saling menghormati yang kami miliki antara satu sama lain.



"Tentu sekali, kami mengharungi beberapa tempoh sukar sepanjang musim, tetapi saya berasa nikmat bersaing dengannya."



Pegawai perlumbaan telah menolak dua bantahan Mercedes mengenai cara pengarah perlumbaan Michael Masi menjalankan pusingan-pusingan terakhir.



Mercedes telah mengemukakan hasratnya untuk merayu keputusan itu dan diberikan masa sehingga esok untuk membuat keputusan untuk merayu. - Agensi berita.




"Toto memberi saya pesanan teks - tahniah dan saya layak menjadi juara... itu satu pesanan yang amat saya hargai. Hamilton juga seorang atlet yang hebat... "Tentunya, hakikat beliau (Hamilton) mempunyai tujuh kejuaraan dunia sedikit sebanyak boleh menyejukkannya, tetapi yang nyata ia kesudahan yang pahit baginya. Tapi, saya jangka jika perkara itu berlaku ke atas saya, ia mungkin adalah lebih pahit bagi saya kerana saya tidak mempunyai sebarang kejuaraan."
- Juara dunia F1 yang baru, Max Verstappen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >