Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton ingin tandatangan kontrak dengan Mercedes

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



ABU DHABI: Lewis Hamilton mengakhiri spekulasi tentang rancangan masa depannya kelmarin, apabila beliau menjelaskan bahawa beliau berharap dapat menandatangani kontrak baru dengan Mercedes sebelum Krismas.



Beliau, yang baru-baru ini dinobat juara dunia buat kali ketujuh, berkata perbincangan dengan ketua pasukan Toto Wolff kemungkinan akan dimulakan dalam beberapa minggu akan datang.



"Saya merancang untuk berada di sini tahun depan, saya mahu berada di sini tahun depan.



"Saya rasa kami, sebagai satu pasukan, boleh melakukan banyak lagi bersama, lebih banyak lagi untuk meraih pencapaian dalam sukan dan lebih banyak lagi di luar sukan," kata Hamilton.



Beliau berkata demikian kepada media selepas menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan akhir Grand Prix Abu Dhabi.



"Jadi, ya, saya harap kami dapat memulakan perbincangan minggu ini dan mudah-mudahan menyelesaikannya sebelum Krismas," tambahnya.



Hamilton telah memenangi enam daripada tujuh kejuaraannya dengan Mercedes sejak menyertainya pada 2013.



Dalam tempoh itu, beliau telah memenangi 74 perlumbaan.



Beliau, yang baru pulih daripada jangkitan koronavirus, kelmarin mengaku berasa terjejas dengan kesan daripada jangkitan tersebut dalam perlumbaan di Litar Yas Marina.



Perlumbaan itu dimenangi oleh Max Verstappen (Red Bull), manakala tempat kedua diduduki Valtteri Bottas, yang mengatasi Hamilton.



Verstappen pula mendahului Bottas dengan 16 saat.



Wolff berkata kekalahan Mercedes bermakna mereka meninggalkan Abu Dhabi dengan kekecewaan berikutan prestasi yang kurang baik.



"Ini bukan hujung minggu yang baik bagi kami," katanya. - AFP.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >