Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Hamilton ke kilang Mercedes di tengah tanda tanya penyertaannya dalam musim baru

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



BRACKLEY (England): Lewis Hamilton berada di kilang Mercedes minggu ini, sedang pasukan itu membuat persiapan bagi musim baru Formula Satu (F1).



Penyertaan Hamilton dalam F1 musim ini menjadi tanda tanya berikutan kempen 2021 yang berakhir penuh kontroversi.



Tetapi juara tujuh kali itu berada di kilang Mercedes F1 pada Isnin dan Selasa lalu bagi menyelesaikan tugas pramusim yang diperlukan untuk berlumba.



Hamilton juga berkongsi beberapa video tentang beliau melakukan latihan fizikal dan persediaan.



Pergerakan Hamilton beberapa hari ini menunjukkan beliau sedang membuat persiapan bagi musim F1 seperti musim lain - tetapi itu tidak boleh ditafsirkan sebagai pengesahan beliau akan berlumba tahun ini.



Pelumba berusia 37 tahun itu akan menunggu hasil siasatan perlumbaan terakhir musim lalu sebelum membuat keputusan muktamad mengenai komitmennya pada F1 tahun ini.



Pengarah perlumbaan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) Michael Masi tidak melaksana peraturan perlumbaan sewajarnya pada hujung perlumbaan terakhir musim lalu.



Tindakannya itu membuat Hamilton kalah di tangan Max Verstappen, pemandu Red Bull, dalam perlumbaan terakhir di Abu Dhabi Disember lalu.



Hamilton tidak bercakap secara terbuka sejak perlumbaan itu, selain berkata melalui mesej ringkas di media sosial hujung minggu lalu: "Saya telah pergi. Sekarang saya kembali."



Difahami bahawa tindakan Masi di Abu Dhabi itu membuat Hamilton hilang keyakinan terhadap FIA.



Pemandu F1 dijangka bercakap kepada wakil badan induk itu minggu ini bagi membincangkan peristiwa di Abu Dhabi itu dan apa boleh dipelajari daripada kesilapan Masi. Ia juga sebahagian daripada siasatan mengenai perlumbaan itu.



Pengarah eksekutif FIA, Peter Bayer, kemudian akan membincangkan dapatan siasatan itu bersama presiden Mohammed Ben Sulayem sebelum mengemukakan cadangan mereka kepada presiden F1 Stefano Domencali dan pasukan pada mesyuarat Suruhanjaya F1 Isnin ini.



Hamilton dijangka tidak memutuskan apakah beliau akan kembali ke F1 tahun ini hingga dapatan itu didedahkan.



Satu lagi isu utama F1 ialah masa depan Masi. Tugas peranan pengarah perlumbaan mungkin dibahagikan antara beberapa orang dan ramai tokoh kanan dalam F1 berasa mengekalkan Masi sebagai pengarah perlumbaan bukan pilihan selepas insiden di Abu Dhabi itu.



Bagi sesiapa yang menggalas peranan itu, struktur baru akan diletak di sekeliling mereka untuk memastikan pengarah perlumbaan mendapat lebih banyak sokongan dan berupaya membuat keputusan dalam sekitaran lebih tenang dan kurang tekanan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >