Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamilton kritik GP Belgium yang henti selepas 'dua pusingan'

Aug 31, 2021 | 5:30 AM
MUNCUL JUARA: Pemandu Red Bull, Max Verstappen (tengah) muncul pemenang dalam perlumbaan Grand Prix Belgium yang tergendala akibat hujan di litar Spa-Francorchamps. Tempat kedua ialah George Russell (kiri) dan tempat ketiga Lewis Hamilton (kanan). - Foto EPA-EFE
MUNCUL JUARA: Pemandu Red Bull, Max Verstappen (tengah) muncul pemenang dalam perlumbaan Grand Prix Belgium yang tergendala akibat hujan di litar Spa-Francorchamps. Tempat kedua ialah George Russell (kiri) dan tempat ketiga Lewis Hamilton (kanan). - Foto EPA-EFE -

SPA-FRANCORCHAMPS, BELGIUM: Perlumbaan Formula 1 paling pendek dalam sejarah - dua pusingan sejauh hanya 14 kilometer - sebelum pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen ditabal juara.

Perlumbaan Grand Prix itu bermula selepas ditangguh lebih tiga jam, sebelum perlumbaan dimulakan dengan para pemandu memandu di belakang kereta keselamatan.

Selepas dua pusingan - paling minimum untuk perlumbaan disempurnakan - perlumbaan dihentikan dan Verstappen ditabal juara.

Dalam kenyataannya, pihak penganjur berkata mereka kecewa para peminat tidak dapat menikmati pengalaman penuh perlumbaan Grand Prix itu, namun menegaskan bahawa cuaca buruk dengan hujan lebat yang tidak henti-henti menjadikan keadaan di litar Ardennes itu terlalu berbahaya.

Pelumba Formula 2, Anthoine Hubert, meninggal dunia dalam satu nahas di litar yang sama pada 2019.

Namun, juara dunia, Lewis Hamilton, berkata keputusan Formula 1 untuk meneruskan perlumbaan untuk hanya dua pusingan di belakang kereta keselamatan adalah satu 'penipuan'.

"Ini semua kerana duit...semua orang mendapat duit mereka semula. Jadi saya rasa, para peminat juga wajar mendapat duit mereka kembali kerana mereka tidak menyaksikan apa-apa perlumbaan," ujarnya, sambil menambah perkara yang betul ialah untuk membatalkan perlumbaan dan wang penyokong dikembalikan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg