Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton menang GP Bahrain

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



SAKHIR (Bahrain): Juara dunia bertahan Lewis Hamilton berjaya mengatasi Max Verstappen dari Red Bull untuk memenangi perlumbaan pembuka tirai musim Formula Satu (F1) penuh drama di Grand Prix Bahrain semalam.



Verstappen, yang memulakan perlumbaan sebagai pemandu terpantas sedang mendahului Hamilton dengan musim berbaki empat pusingan, tetapi terpaksa mematuhi peraturan perlumbaan untuk memberikan posisi itu kembali kepada Hamilton kerana beliau telah memotong Hamilton dengan memandu di luar litar.



Langkah itu menyebabkan Verstappen ketinggalan lebih jauh di belakang dan gagal mencabar Hamilton bagi kedudukan pertama.



Verstappen telah mengadu disalah laku menerusi radio pasukan, tetapi diberitahu pasukannya tiada pilihan lain.



Kededua pasukan dan pemandu telah diberitahu pengarah perlumbaan sebelum itu bahawa mereka tidak boleh meraih kelebihan ke atas lawan dengan memandu di luar litar.



Jika ini berlaku, pengarah perlumbaan berkuasa mengarahkan mereka menyerahkan kelebihan itu kepada pemandu yang sewajarnya.



Kesudahan perlumbaan itu amat mengecewakan bagi Verstappen, yang bukan sahaja melayakkan diri ke final sebagai pemandu terpantas, tetapi berjaya merampas balik kedudukan itu selepas kehilangannya di awal perlumbaan.



Namun perlumbaan itu, yang turut memperagakan persaingan antara Mercedes dan Red Bull di peringkat strategi mencadangkan musim dan persaingan hebat bagi kededua pemandu itu.



Kededua Hamilton dan Verstappen memandu kenderaan masing-masing dengan hebat dalam persaingan strategi yang berlangsung sepanjang perlawanan.



Verstappen berjaya mendahului perlumbaan dari mula, tetapi Hamilton merampas posisi itu selepas Mercedes menghentikannya terlebih dahulu untuk menggantikan tayar.



Sebaliknya, Red Bull membenarkan Verstappen menggunakan tayar bagi lagi 11 pusingan dan hanya menggantikan tayar dengan perlumbaan berbaki 18 pusingan.



Strategi itu hampir meraih hasil kerana Verstappen berjaya menghampiri Hamilton dengan perlumbaan berbaki lima pusingan dan akhirnya memotongnya.



Namun, percubaan nekad itu sesia, kerana Verstappen gagal mengawal kereta semasa berbuat demikian, menyebabkan keretanya terbabas keluar dari litar.



Justeru, beliau terpaksa mematuhi arahan pegawai perlumbaan yang memintanya membenarkan Hamilton memotongnya di Turn 11.



Keadaan itu juga sedikit ironis.



Red Bull, awal dari itu, telah mengadu Hamilton menggunakan bahagian litar itu untuk mendapatkan kelebihan, mendorong pegawai perlumbaan mengarahkan Hamilton supaya berhenti berbuat demikian.



Selepas itu, Verstappen cuba menyaingi Hamilton sekali lagi, tetapi tidak berjaya dan Hamilton akhirnya berjaya memenangi perlumbaan, sekali gus kemenangan ke-96 dalam kerjayanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >