Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton rangkul gelaran ketujuh

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



ISTANBUL: Lewis Hamilton berikrar untuk terus berlumba dalam Formula Satu (F1) dan terus berjuang bagi kesaksamaan di dunia selepas memenangi kejuaraan dunia ketujuh.



Hamilton, 35 tahun, memenangi Grand Prix Turkey kelmarin, sekali gus memberinya kejuaraan dunia dan memahat kedudukan sebagai pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah.



Hamilton menyifatkan kemenangannya itu sebagai 'puncak hidupnya setakat ini' dan menambah bahawa semua pihak perlu bekerjasama mencapai kemenangan lebih besar.



"Ini adalah untuk mencapai kesaksamaan (di dunia) supaya kita dapat membentuk masa depan lebih baik," ujar Hamilton.



Hamilton, yang berasal dari Britain, telah memperjuangkan anti-perkauman tahun ini, selain meneruskan kempen berkenaan isu sekitaran.



"Tahun ini, kita meraih kesedaran baru di mana orang mula dipertanggungjawabkan bagi perbuatan mereka dan kita sedar perkara ini bukan suatu yang tidak baik.



"Ia sekadar bermakna kita perlu bertugas lebih gigih dan tidak menjadi begitu degil dan membuka minda kita untuk menjadi lebih berpendidikan mengenai ciri dunia yang lebih saksama," kata Hamilton.



"Bagi diri saya, perjuangan saya masih belum berakhir, dan saya akan terus memainkan peranan saya dan mungkin, saya akan berlumba buat seketika lagi."



Kontrak Hamilton dengan Mercedes luput pada akhir tahun ini tetapi Hamilton berkata beliau telah menangguhkan rundingan dengan ketua pasukan Toto Wolff bagi kontrak baru sehingga kejuaraan berada dalam genggamannya.



Bercakap kepada BBC selepas kemenangan di Istanbul, Hamilton berkata runding itu suatu perkara yang perlu dilakukan.



"Bagi saya, saya masih diikat kontrak dan mempunyai kerja dan saya tidak rasa saya harus menambah tekanan berkenaan perkara ini. Perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa.



"Mungkin masa itu telah tiba dan perkara ini boleh dibincangkan dalam tempoh tiga minggu akan datang ini, apabila kita berada di Timur Tengah.



"Namun, pada masa yang sama, saya juga mempunyai lagi tiga perlawanan yang perlu disertai dan saya ingin memenanginya. Tapi berkenaan kontrak, usah bimbang rundingan akan dilakukan. Saya yakin," ujar Hamilton lagi.



Musim F1 yang disingkatkan pandemik Covid-19 ini masih berbaki tiga perlumbaan - dua di Bahrain dan satu lagi di Abu Dhabi.



Wolff berkata beliau tidak akan terkejut jika rundingan bagi kontrak Hamilton tidak dilengkapkan sehingga musim benar-benar berakhir.



"Tiada tekanan," kata Wolff.



"Bila ia dilakukan, ia akan dilakukan."



"Hamilton gembar berlumba dan bersaing... seperti saya dan pasukan ini juga. Hidup kami mungkin tidak menarik jika kita tidak perlu berlumba.



"Justeru, saya jangka kami akan terus bersaing bersama pada tahun depan. Mungkin meneruskan prestasi hebat ini dan mengatasi perubahan peraturan yang mencabar bagi 2022," kata Wolff.



Bagi musim ini, pencapaian Hamilton telah pun membuka sejarah baru dalam kerjayanya.



Kejuaraan dunia yang ketujuh menandingi bilangan kejuaraan yang dimenangi Michael Schumacher, pemandu bertaraf ikon yang mencapai kebanyakan kemenangan dalam pasukan Ferrari.



Bulan lalu, Hamilton turut memecah rekod Schumacher bagi bilangan perlumbaan individu terbanyak yang dimenangi.



Hamilton berkata beliau begitu emosi dan hampir menangis sebaik sahaja memenangi GP Istanbul.



"Saya jarang hilang kawalan diri... tapi saya cuba sedaya upaya untuk menenangkan diri saya di penghujung perlumbaan dan menumpukan perhatian untuk melengkapkan perlumbaan.



"Saya tidak mahu saya membuka helmet dan orang melihat saya sedang menangis... tapi kesemua yang berlaku pada hari ini begitu emosi bagi saya.



Mengulas mengenai pencapaian Hamilton, Wolff berkata pemandunya itu telah memahat kedudukan sebagai antara atlet paling berjaya dalam sejarah di dunia.



Menurut Hamilton, beliau berharap pencapaiannya di dalam litar boleh memberinya lebih banyak pengaruh untuk mengubah keadaan di dunia, terutama mengenai perkauman.



"Saya menceburi sukan ini seorang diri sebagai satu-satunya orang kulit hitam.



"Semasa saya lebih muda, tiada orang lain yang berkulit seperti saya dalam sukan ini... anda tidak melihat orang kulit hitam dalam F1 dan mungkin ada orang yang berfikir bahawa sukan ini bukan bagi anda.



"Namun saya menunjukkan bahawa latar belakang anda tidak boleh dibenarkan menjejas impian anda dan anda perlu menaruh impian yang besar," kata Hamilton.



"Jika tiada laluan bagi anda mencapai impian itu, anda perlu membuka laluan anda yang tersendiri." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >