Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Hamilton tak pasti peluang pertahan kejuaraan dunia

Sukan
30
3

FORMULA SATU

Hamilton tak pasti peluang pertahan kejuaraan dunia

May 03, 2018 | 05:30 AM

LONDON: Jaguh Mercedes, Lewis Hamilton, menganggap perlumbaan Grand Prix Azerbaijan pada hujung minggu lalu sebagai yang 'paling mencabar' sepanjang kerjaya sebagai pemandu Formula Satu (F1) sambil melahirkan keraguan mengenai peluangnya mempertahankan kejuaraan dunianya musim ini.

Pemandu Britain itu kini mempunyai kelebihan empat mata ke atas pesaing utama daripada Ferrari, Sebastian Vettel, selepas perlumbaan di Azerbaijan itu - Grand Prix keempat musim ini - yang menyaksikan tuah menyebelahi Hamilton selepas tayar kereta pendahulu dan rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas, meletup di babak akhir saingan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3