Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hamilton tandatangan kontrak dengan Mercedes

Feb 10, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Juara dunia Formula Satu (F1) Lewis Hamilton telah menandatangani kontrak baru setahun dengan Mercedes bagi musim 2021.



Kontrak Hamilton dengan Mercedes yang lama luput pada 2020, tetapi kontrak baru ini bermakna beliau akan berlumba bagi pasukan itu bagi musim ke-sembilan.



Hamilton, 36 tahun, menjadi pemandu paling berjaya dalam sukan itu pada tahun lalu, selepas beliau memecah rekod kemenangan Michael Schumacher dan kini mempunyai tujuh gelaran dunia - setanding dengan Schumacher.



"Pasukan kami telah mencapai pelbagai kejayaan hebat bersama," ujar Hamilton.



"Kami memandang ke hadapan untuk mendapat lebih banyak kejayaan, sementara terus ingin mempertingkat pasukan di dalam dan luar litar."



Menurut BBC, sebahagian perjanjian itu memperuntuk komitmen Mercedes supaya terus bekerjasama dengan Hamilton untuk menggalak kepelbagaian dan sikap inklusif dalam sukan tersebut.



Ini termasuk membentuk yayasan kebajikan bersama dan Hamilton berkata Mercedes telah memberi sokongan yang bersungguh-sungguh bagi tujuan tersebut.



"Dengan besar hati, saya berkata kami sedang melanjutkan usaha tersebut tahun ini, dengan melancarkan yayasan yang bertujuan menggalak kepelbagaian dan sikap inklusif dalam sukan," kata Hamilton.



"Pencapaian bersama yang boleh kita lakukan memberi saya inspirasi dan saya tidak sabat untuk kembali ke litar bulan depan," tambah beliau.



Ketua pasukan Toto Wolff berkata tempoh kontrak dipilih kerana perbincangan dilakukan lewat selepas Hamilton dijangkiti Covid-19 pada Disember. Ia juga disebabkan keinginan kededua pihak untuk menanti perkembangan selanjutnya di dunia sebelum membuat komitmen jangka lebih panjang.



Buat masa ini, ada ketidaktentuan yang disebabkan pandemik, serta beberapa perubahan pada peraturan F1 - termasuk had perbelanjaan £114 juta ($130 juta) - dan perubahan pada peraturan teknikal bagi 2022 yang bertujuan merapat jurang antara pasukan.



Keadaan global boleh memberi kesan kepada pendapatan pasukan dan Daimler, pemilik pasukan itu juga sedang melabur dalam teknologi membina kereta elektrik.



"Kita sedang mengalami realiti kewangan yang amat berbeza berbanding beberapa tahun dahulu.



"Pada masa ini, pandangan kami dan Hamilton selaras sepenuhnya dan kami berasa kami mempunyai perjanjian yang baik bagi 2021 dan ini membenarkan kami mara dan mencari masa yang lain pada tahun ini untuk membuat rancangan bagi masa depan," ujar Wolff. - Agensi berita.




"Saya teruja untuk musim kesembilan saya bersama rakan sepasukan Mercedes. Pasukan kita mencapai banyak perkara yang hebat dan kami tidak sabar untuk terus menempa kejayaan selain menjadi bertambah baik di dalam mahupun di luar trek. Saya bertekad untuk meneruskan perjalanan yang kita mulakan untuk menjadikan sukan permotoran lebih meluas untuk generasi seterusnya dan saya bersyukur Mercedes menyokong usaha saya ke arah itu. Saya bangga untuk mengatakan yang kita akan meneruskan usaha itu pada tahun ini dengan melancarkan yayasan yang didedikasikan untuk kepelbagaian dan penyertaan bagi sukan ini. Saya teruja dengan usaha yang boleh kita bina bersama dan saya tidak sabar untuk kembali ke litar bulan depan."
- Lewis Hamilton.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >