Topik diikuti
Pergi ke BHkuHamilton tekad bangkit dalam GP Jepun
Premium
Hamilton tekad bangkit dalam GP Jepun
Kegenjotan dalam baki enam perlumbaan akan bolehkan pesaing tingkat tekanan
Sep 22, 2015 | 5:30 AM
Hamilton tekad bangkit dalam GP Jepun
JUARA dunia dan pendahulu senarai kejohanan pemandu Formula Satu, Lewis Hamilton, berjanji akan bangkit berjuang pada Grand Prix Jepun hujung minggu ini selepas satu kerosakan teknikal di Grand Prix Singapura kelmarin membuka pintu harapan untuk saingannya.
Pemandu Britain itu gagal menamatkan perlumbaan untuk kali pertama dalam tempoh lebih setahun selepas pengapit besi pada enjinnya menjadi longgar, mengakibatkan kehilangan kuasa dengan serta-merta.
