Premium
Hamilton tewas, dakwa beliau mangsa konspirasi
Oct 4, 2016 | 5:30 AM

RAI KEMENANGAN: Daniel Ricciardo (kanan) meraikan kemenangannya sebagai juara Grand Prix Malaysia bersama Max Verstappen. - Foto REUTERS -
SEPANG (MALAYSIA): Daniel Ricciardo menjuarai Grand Prix Malaysia kelmarin tetapi kemenangannya dibayangi dakwaan Lewis Hamilton bahawa beliau menjadi mangsa konspirasi yang bertujuan menghalangnya daripada memenangi kejuaraan dunia buat kali keempat.
Hamilton sedang mendahului pelumba lain dengan tinggal 15 pusingan lagi apabila enjin kereta Mercedes beliau meletup dan terbakar di Litar Antarabangsa Sepang.

