Topic followed successfully
Go to BHkuHamkah nyaris terlepas beraksi
Premium
Hamkah nyaris terlepas beraksi
Kerjasama banyak pihak bolehkan pelari pecut buat 'latihan saat akhir' untuk menangi pingat perak acara 200m
Mar 16, 2015 | 6:00 AM
Hamkah nyaris terlepas beraksi
"SAYA nyaris tidak dapat beraksi dalam Sukan SEA 1993," demikian kata Hamkah Afik memulakan cerita mengenai pengalaman beliau menyarung jersi negara dalam temasya serantau yang diadakan di tanah air Singapura 22 tahun lalu.
Menurut bekas jaguh pecut negara yang percaya beliau satu-satunya atlit atletik negara yang tampil dalam tujuh Sukan SEA sejak 1989 hingga 1997 dan 2001 serta 2003 itu, bulu romanya masih berdiri mengenang pengalaman beliau membuat persiapan pada tahun itu.

