Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

RENANG

Hampir menang tapi Wei Soong terpaksa puas hati dengan tempat ke-4

Sep 04, 2021 | 05:30 AM



PERENANG Toh Wei Soong hampir membawa pulang pingat untuk negara, namun terpaksa berpuas hati dengan kedudukan keempat sewaktu aksi final acara kuak kupu-kupu 50 meter S7 lelaki di Sukan Paralimpik Tokyo semalam.



Atlet berusia 22 tahun itu memecahkan rekod negaranya buat kali kedua di Pusat Akuatik Tokyo selepas menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29.50 saat, hanya beberapa saat di belakang pemenang pingat gangsa, Carlos Daniel Serrano Zarate, dari Colombia, yang mencatatkan masa 29.34 saat.



Perenang Amerika Syarikat , Evan Austin membawa pulang pingat emas dengan masa 28.98 ssat, sementara Andrii Trusov dari Ukraine merangkul pingat perak dengan catatan masa 29.03 saat.



Pada pagi semalam, Toh berjaya mendapatkan tempat kedua di antara 12 perenang dalam pusingan saringan dengan masa 29.90 saat, sekali gus memecahkan rekod negara yang dipegangnya sebelum ini, iaitu 30.76 saat.



Ini merupakan kali ketiga Toh, yang mengalami penyakit transverse myelitis - keadaan yang disebabkan oleh keradangan saraf tunjang - telah mencatat rekod negara baru di Tokyo.



Pada Selasa lalu, beliau memecahkan rekod kebangsaannya dalam pusingan akhir acara gaya bebas S7 50m lelaki setelah mencatat masa 28.65 saat untuk berada di tangga ketujuh.



Mahasiswa Universiti Nasional Singapura (NUS) itu juga menduduki tempat ketujuh dalam pusingan akhir acara gaya bebas S7 400m lelaki minggu lalu.



Beliau merupakan atlet Team Singapore terakhir yang beraksi di Paralimpik Tokyo, di mana 10 atlet mewakili negara ini dalam enam sukan.



Temasya sukan di Tokyo itu yang bermula pada 24 Ogos akan menutup tirainya esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >