Sebagai bekas pemain ragbi, yang kini berkhidmat sebagai anggota lembaga Kesatuan Ragbi Singapura, pengumuman yang dibuat pemerintah baru-baru ini untuk mengukuhkan budaya kesukanan setempat amat saya mengalu-alukan.

Bahkan, saya rasa sangat teruja untuk masa depan sukan Singapura. Terfikir juga, kalaulah inisiatif ini dilaksanakan lima atau 10 tahun yang lalu, mungkin kerjaya sukan saya melalui perjalanan berbeza.