Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Harap perpaduan, persembahan 'Kelas 2012' S'pura diulangi

Tiga pemain skuad kali terakhir julang Piala AFF ingat kembali kunci kejayaan 2012
Dec 23, 2022 | 05:30 AM



KUNCI kejayaan Singapura menjulang Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2012 - yang terakhir dimenangi negara ini - ialah ikatan erat dan perpaduan pasukan itu, kata tiga pemain skuad tersebut.



Shahdan Sulaiman, 34 tahun, pemain midfield dan playmaker pasukan itu, berkata: "Kami tidak meletak banyak tekanan ke atas diri kami sendiri, tetapi pada masa sama, kami yakin kami boleh turun padang dan menang perlawanan.



"Dan saya ingat pada masa itu, kami mempunyai ikatan yang sangat kuat di dalam dan luar padang. Itu yang menyumbang kepada persembahan kami pada waktu itu."



Shahdan, Zulfahmi Arifin dan kapten Hariss Harun tiga pemain 'Kelas 2012' yang akan beraksi dalam edisi pertandingan kali ini. Singapura membuka tirai pertandingan dengan menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar (JBS) esok.



Sependapat, Zulfahmi, 31 tahun, berkata beliau tidak pernah rasa terpinggir meskipun waktu itu beliau antara pemain termuda skuad Singapura.



"Sebagai pemain muda, saya tidak mempunyai harapan tinggi apabila menyertai skuad itu, tetapi pasukan itu langsung tidak membuat saya rasa terpinggir.



"Saya masih ingat kami menyanyi dalam bas dalam perjalanan ke latihan dan ulang-alik ke Kuala Lumpur. Ikatan kami luar biasa. Ia benar-benar istimewa," kata pemain midfield itu, yang baru-baru ini memenangi Piala Singapura 2022 bersama Hougang United.



Beliau dijangka membuat penampilan ke-55 bagi Singapura dalam Piala AFF kelak.



Piala AFF 2012 kejohanan terakhir bekas jurulatih Raddy Avramovic selepas sembilan tahun mengendalikan pasukan nasional itu. Menurut Hariss, itu bak memberi pasukan tersebut dorongan tambahan untuk berjaya.



"Kami dengar ia mungkin kejohanan terakhir Raddy dan kami ingin berikan segala-galanya di padang untuk beliau," ujar Hariss, 32 tahun.



"Perpaduan pasukanlah yang membawa kami hingga ke final kejohanan. Meskipun Shahril (Ishak) menang Pemain Terbaik kerana gol-gol yang dijaringkannya, pasukan itu tidak bergantung pada seorang pemain sahaja. Semua pemain memainkan peranan.



"Kemenangan itu adalah usaha sepasukan," tambah pemain Lion City Sailors itu, yang telah 116 kali menyarung jersi Singapura.



Kehadiran mereka dalam pasukan kali ini, bersama pemain mapan lain, seperti Hassan Sunny, diharap menambah semangat juang mereka dan perpaduan dalam pasukan yang kini ramai pemain lebih muda dan kurang berpengalaman pada peringkat antarabangsa.



Sekilas perpaduan ini dilihat pada Piala AFF 2020, yang diadakan tahun lalu selepas ditunda dek Covid-19. Persembahan pasukan Singapura, yang ketika itu dipimpin Tatsuma Yoshida, melebihi jangkaan apabila mereka mara ke separuh akhir - kali pertama dalam sembilan tahun - walaupun kemudian tewas 3-5 kepada Indonesia.



Hariss berharap semangat juang itu dapat diteruskan di bawah kepimpinan jurulatih baru Takayuki Nishigaya.



"Yang penting, melebihi aspek taktikal dan teknikal, ialah kepercayaan dan keyakinan kami dapat masuk padang dan menang. Dalam pertandingan kali ini, yang diadakan tidak lama selepas Piala AFF 2020, saya berharap kami dapat meneruskan cara permainan yang membawa kejayaan itu," kata Hariss.



Ketiga-tiga pemain itu mungkin berada di ambang 'senja' kerjaya masing-masing, tetapi mereka berkata mereka belum memikirkan tentang persaraan secara mendalam.



Bagi Zulfahmi, muda atau tua, seseorang pemain harus diberi peluang mewakili negaranya berdasarkan keupayaannya semata-mata.



Shahdan berkata: "Saya menerima setiap undangan menyertai pasukan nasional sebagai panggilan terakhir saya. Saya menghargai setiap panggilan... Jadi, bagi saya, tiada beza antara Piala AFF kali ini dengan kejohanan lain.



"Usia tidak menyebelahi kami. Tetapi, selagi kami bermain, kami mempunyai tanggungjawab untuk memberikan yang terbaik dan bersiap sedia setiap masa," ujar Hariss.



Piala AFF 2022 berlangsung hingga 16 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >