Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK 2020

Harapan Schooling ke separuh akhir 'tenggelam'

Muncul di tempat terakhir daripada lapan pesaing, catat masa 53.12 saat
Jul 30, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Perjuangan satu-satunya juara Sukan Olimpik Singapura Joseph Schooling dalam mempertahankan takhta kupu-kupu 100 meter lelaki berakhir semalam setelah beliau gagal melayakkan diri ke separuh akhir.



Schooling, 26 tahun, muncul di tempat terakhir daripada lapan pesaing dalam Saringan 5, mencatat masa 53.12 saat di Pusat Akuatik Tokyo petang semalam.



Keputusan itu sekali gus mengakhiri kempen Sukan Olimpik Schooling di Tokyo dan bermakna beliau akan pulang dengan tangan kosong dari edisi temasya kali ini.



Di Sukan Olimpik Rio 2016, Schooling menang pingat emas acara itu dan mencatat rekod Sukan Olimpik 50.39 saat.



Secara keseluruhan, Schooling menduduki tempat ke-44 daripada 55 pesaing, sementara rakan senegara Quah Zheng Wen yang bertanding dalam acara yang sama berada di tempat ke-34.



Hanya 16 pesaing terbaik dengan masa terpantas akan mara ke separuh akhir.



Quah, 25 tahun, menduduki tempat keempat daripada lapan pesaing dalam Saringan 4 semalam, mencatat masa 52.39 saat, iaitu kurang daripada masa terbaik peribadinya 51.87 saat yang dicatat di Sukan SEA 2019.



Senasib dengan Schooling, acara petang semalam menamatkan kempen Tokyo 2020 Quah selepas beliau turut gagal melepasi saringan kuak lentang 100 meter dan kupu-kupu 200 meter.



Satu-satunya wakil renang wanita negara Quah Ting Wen akan beraksi dalam saringan gaya bebas 50 meter petang ini, iaitu acara renang terakhir Singapura di Sukan Olimpik Tokyo.



Dalam acara renang lain, Caeleb Dressel, pilihan utama untuk memenangi lumba gaya kupu-kupu 100 meter di Olimpik ini telah memenangi perlumbaan gaya bebas bagi jarak yang sama semalam.



Warga Amerika Syarikat itu mencatat rekod Olimpik 47.02 saat untuk menewaskan juara bertahan Kyle Chambers (47.08 saat) dari Australia dan warga Russia Kliment Kolesnikov (47.44 saat) yang mendapat pingat gangsa.



Ini adalah pingat emas kedua bagi Dressel di Tokyo, selepas beliau memenangi perlumbaan 4x100 meter gaya bebas berganti-ganti bersama pasukan Amerika pada awal minggu ini.



Namun, ia adalah pingat emas individu pertama beliau bagi acara perseorangan di Olimpik ini.



Beliau mengatasi saingan sengit yang diberikan Chambers, yang mengakhiri perlumbaan hanya 0.06 saat di belakangnya, tetapi Dressel berkata beliau tidak berasa bimbang.



"Kemenangan ini begitu bermakna bagi saya kerana saya sedang memikul beban yang berat," kata Dressel, yang berkata kemenangan pingat emas perseorangan itu lebih manis daripada yang dimenanginya dengan pasukan.



"Saya menang kerana diri saya sendiri, bukan kerana saya terpaksa bergantung dengan rakan sepasukan."



Pencapaian sempurna dalam dua perlumbaan pertama ini bermakna Dressel kini boleh memenangi tujuh pingat emas di Tokyo dan menjadi antara atlet paling berkalung emas di satu edisi Olimpik.



Rakan senegara Mark Spitz berjaya berbuat demikian pada 1972, tetapi rekod pingat emas paling banyak yang dimenangi dalam satu Olimpik dimiliki Michael Phelps, yang memenangi lapan pingat emas di Beijing 2008.



Pasukan wanita China pula melakarkan kejutan apabila memecah rekod dunia dan menang pingat emas dalam gaya bebas berganti 4x200 meter semalam.



Pasukan yang terdiri daripada Yang Junxuan, Zhang Yufei, Li Bingjie dan Tang Muhan menamatkan perlumbaan dalam masa 7 minit 40.33 saat di depan Amerika Syarikat (7:40.73) dan Australia (7:41.29).



Ini merupakan kali pertama pingat emas tidak dimenangi oleh Australia atau Amerika Syarikat sejak acara ini diperkenal pada 1996.



Ketiga-tiga pasukan meraih masa di bawah rekod dunia sebelumnya 7:41.50 yang dicatat Australia di Kejohanan Dunia Fina 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >