Premium
Harapan tinggi iringi keberangkatan kontinjen S'pura
Sep 14, 2017 | 5:30 AM

SELAMAT BERJUANG: Pasukan bola sepak Celebral Palsy (CP) Negara bergambar dengan Cik Fu (dua dari kanan) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur semalam bagi menyertai Sukan Para Asean (APG) yang bermula Ahad ini. Turut dalam gambar ialah jurulatih pasukan, Mohamed Zainudeen Hassan (di kanan Cik Fu), dan Encik Raja Singh, naib presiden SDSC (berkerusi roda). - Foto SDSC -
DUA tahun lalu, beliau menjadi sensasi Internet selepas gol-gol cemerlangnya membantu pasukan bola sepak Celebral Palsy (CP) negara memenangi pingat gangsa di Sukan Para Asean (APG) yang berlangsung di tanah air.
Malah, prestasi cemerlang tunggak pasukan bola sepak CP, Khairul Anwar Kamsani, turut mendapat pujian bekas bintang England dan Manchester United, David Beckham, yang melawat Singapura semasa berlangsungnya APG itu.

