Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

GOLF

Harga keahlian kelab golf di S'pura melambung

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



HARGA keahlian bagi kelab golf ternama di Singapura mencatatkan rekod tertinggi sejak kebelakangan ini.



Dalam satu laporan The Straits Times Disember lalu, harga bagi keahlian tempatan di Sentosa Golf Club misalnya - yang dibuka kepada warga Singapura dan penduduk tetap - kini berharga lebih dari $500,000 manakala keahlian Singapore Island Country Club (SICC) berharga $300,000.



Menurut broker keahlian kelab golf dan orang dalam industri yang ditukil laporan itu, ia disebabkan oleh penyertaan warga asing.



Pengasas dan pemilik Singolf Lee Lee Langdale berkata: "Walaupun (harga) bagi kategori keahlian warga asing di kelab-kelab ini telah meningkat lebih tinggi, (harga) kategori keahlian tempatan juga telah mencatatkan peningkatan tertinggi kerana ramai daripada mereka yang datang ke Singapura telah menjadi penduduk tetap, lantas layak bagi kategori ini."



Keahlian kelab golf dijual di bawah tiga kategori iaitu kategori tempatan bagi warga Singapura dan penduduk tetap, keahlian asing bagi mereka yang bukan penduduk tetap dan keahlian korporat.



Di samping itu, jumlah keahlian kelab yang dibeli warga tempatan juga telah meningkat disebabkan pasaran saham yang kukuh pada 2021 dan sepanjang awal 2022.



Selain daripada Sentosa dan SICC, National Golf Resort Club dan Tanah Merah Country Club merupakan keahlian yang menjadi rebutan - ini menurut peningkatan harga keahlian dua kelab golf tersebut.



Ramai warga Singapura juga telah berpusu-pusu menyertai kelab lain seperti Orchid Country Club, Seletar Country Club dan Warren Golf and Country Club.



Ini bermula pada penghujung 2020 dan sepanjang 2021, apabila sempadan ditutup disebabkan pandemik Covid-19.



Oleh sebab itu, harga keahlian di i Orchid Country Club dan Seletar Country Club juga telah meningkat sepanjang dua tahun lalu.



Dalam pada itu, oleh kerana kawasan tanah bagi tiga padang golf di sini sudah diambil semula oleh pihak pemerintah sepanjang empat tahun yang lalu - padang golf di Marina Bay pula akan diambil semula pada tahun ini - jumlah tempat dan kelab golf di Singapura semakin berkurangan.



"Ia merupakan antara permintaan dengan bekalan. Jika bekalan lebih daripada permintaan dan kemelesetan ekonomi melanda, kita sedia maklum bagaimana ia akan menjejas harga dan begitu juga jika sebaliknya," ujar Cik Langdale.



Selain itu, memandangkan yuran perpindahan bagi beberapa kelab berjumlah antara $30,000 dengan $50,000 bagi setiap transaksi, pasaran jualan semula mungkin tidak memberikan banyak keuntungan kepada penjual, terutamanya jika keadaan pasaran menjadi lemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >