Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA SUZUKI AFF

Hariss: Singa perlu main lebih baik tapi tetap kuat walau 'sakit'

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



HARISS HARUN dan rakan sepasukan Singa sedar mereka harus bangkit mempertingkat persembahan pada separuh akhir Piala Suzuki AFF minggu ini, terutama selepas tewas kepada Thailand dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.



Singapura, yang mara ke separuh akhir buat julung-julung kali dalam sembilan tahun, bertemu Indonesia pada perlawanan pertama separuh akhir dua perlawanan semalam. Perlawanan kedua akan berlangsung Sabtu ini.



Pemenang separuh akhir ini akan mara ke final untuk bertemu Thailand atau Vietnam, yang beraksi pada satu lagi separuh akhir.



Singapura memulakan kejohanan ini dengan baik, menewaskan Myanmar 3-0 dan kemudian Filipina 2-1.



Namun, ia menunjukkan persembahan kurang menyakinkan semasa menewaskan Timor-Leste 2-0 untuk menempah tempat di separuh akhir dan semasa kalah 0-2 kepada pasukan Thailand yang telah dirombak oleh jurulatihnya.



Bercakap kepada The Straits Times baru-baru ini, Hariss, 31 tahun, secara jujur mengaku beliau sendiri seharusnya bermain dengan lebih baik.



"Saya tahu persembahan saya setakat ini tidak memenuhi jangkaan atau menunjukkan keupayaan sebenar saya. Saya harus terus berusaha untuk mencapai tahap persembahan itu.



"Ini bukan satu perkara mudah, tetapi saya enggan memberi alasan," kata Hariss, yang persiapannya bagi kejohanan ini terganggu kerana dijangkiti Covid-19.



"Jurulatih yakin dengan keupayaan saya dan beliau menurunkan saya dalam kesebelasan utama dalam perlawanan sebelum ini... saya tahu saya harus mempertingkat persembahan saya, tetapi ini adalah sukan berpasukan dan kami semua harus berjuang bagi satu sama lain," ujar Hariss.



Semangat juang dalam pasukan Singa ini kini lebih diperlukan, selepas dua pemain tunggak mengalami kecederaan dan tidak dapat meneruskan penyertaan dalam kejohanan ini.



Pemain midfield Gabriel Quak, yang mengalami kecederaan bahu, dan pemain pertahanan Shakir Hamzah tidak akan beraksi lagi selepas mengalami kecederaan teruk.



Namun, Hariss menyangkal sebarang cadangan bahawa pasukan Singapura sekarang lebih lemah dan boleh ditewaskan dengan mudah.



"Mungkin kami kelihatan lemah dan kini menghadapi beberapa cabaran, tetapi kami tidak begitu.



"Kami tetap kuat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >