Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hartawan Singapura Peter Lim amat kecewa dengan keputusan Irfan Fandi tolak kontrak Braga

Aug 22, 2018 | 02:35 PM



HARTAWAN Singapura Peter Lim melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Irfan Fandi menolak tawaran kontrak daripada Sporting Braga, yang merupakan antara kelab bola sepak utama di Portugal.



Anak sulung jurulatih bola sepak negara Fandi Ahmad itu telah telah ditawarkan kontrak “dua-campur-dua” untuk menyarung jersi pasukan Braga bawah-23 tahun.



Tawaran itu memerlukan Irfan menyertai kelab tersebut bagi tempoh dua tahun, dengan kelab itu diberi pilihan untuk menyambung kontrak pemain tersebut buat dua musim lagi.



Bagaimanapun, Irfan dan Braga dikatakan tidak dapat bersetuju mengenai syarat-syarat tertentu dalam kontrak tersebut yang tidak didedahkan.



Irfan sebelum ini menjalani percubaan selama dua minggu dengan kelab itu bulan lalu selepas Lim yang memiliki kelab LaLiga Sepanyol, Valencia, memperkenalkan Fandi dan anaknya kepada ejen bola sepak utama Jorge Mendes.



Jurucakap daripada pejabat Lim berkata:



“Kami telah membantu pemain bola sepak setempat seperti Irfan untuk mencari peluang yang jarang berlaku untuk bermain di Eropah.



“Namun kami dapati pemain bola sepak kita tidak bersedia dari segi mental bagi cabaran yang menanti.”



Jurucakap itu juga berkata mereka amat kecewa.



Namun, Irfan beritahu akhbar The Straits Times ini adalah keputusannya.



“Mungkin satu hari ini akan menghantui hidup saya tetapi saya mempunyai harapan saya akan dapat peluang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >