Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harumkan negara raih tempat ketiga dalam pertandingan di Jepun

Nov 2, 2022 | 5:30 AM
Riyadh Hakim Lukman (kanan). - Foto FACEBOOK RIYADH HAKIM
Riyadh Hakim Lukman (kanan). - Foto FACEBOOK RIYADH HAKIM -

HARUMKAN NEGARA: Pelumba basikal Riyadh Hakim Lukman mengharumkan nama negara di bandar Izu dekat wilayah Shizuoka, Jepun setelah naik podium dalam Piala Basikal Gunung Jepun FDA 2022 pada Ahad lalu.

Riyadh, 23 tahun, merangkul tempat ketiga dalam kategori elit lelaki.

Pertandingan itu ialah perlumbaan antarabangsa basikal gunung merentas desa (XCO) anjuran Persatuan Lumba Berbasikal Antarabangsa (UCI), yang diadakan pada balapan merentas desa basikal gunung Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Sukan Berbasikal Jepun.

Adiknya, Arief Hardy Lukman, turut beraksi dalam acara junior lelaki kejohanan itu dan mendapat kedudukan keenam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg