Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU

Hasil siasatan final Abu Dhabi diumum Mac

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Badan pentadbir Formula Satu, FIA, berkata kelmarin ia akan mengumumkan pada Mac, sehari sebelum perlumbaan pembukaan musim di Bahrain, hasil dapatan siasatan berhubung final yang penuh kontroversi di Abu Dhabi musim lalu.



Kejuaraan 2021 dimenangi Max Verstappen dari Red Bull berikutan perubahan pada prosedur biasa kereta keselamatan yang membolehkan Verstappen memotong Lewis Hamilton pada pusingan terakhir dan menghalang pemandu Mercedes itu daripada meraih rekod gelaran kelapannya.



FIA mengakui bulan lalu bahawa kekecohan itu mencemarkan imej kejuaraan tersebut dan berkata ia akan menjalankan analisis menyeluruh dengan semua pasukan dan berunding dengan pemandu.



Terdapat kritikan di media sosial mengenai kadar perlahan siasatan yang dijalankan, dengan ada yang mencadangkan bahawa masa depan Hamilton dalam sukan itu bergantung pada keputusannya.



Warga Britain itu telah berdiam diri sejak perlumbaan Abu Dhabi, tidak memberi sebarang komen di acara-acara.



FIA, juga sebahagian besarnya telah berdiam diri mengenai proses siasatan sejak beberapa minggu ini, mengeluarkan jadual kelmarin dan berkata Jawatankuasa Penasihat Sukan akan bertemu pada 19 Januari dan meneliti penggunaan kereta keselamatan itu.



"Peringkat seterusnya akan menjadi perbincangan bersama dengan semua pemandu F1," katanya.



"Hasil dapatan analisis terperinci itu akan dibentangkan kepada Suruhanjaya F1 pada Februari dan keputusan muktamad akan diumumkan di Majlis Sukan Permotoran Dunia di Bahrain pada 18 Mac."



Ia berkata presiden FIA Mohammed Ben Sulayem yang baru dilantik telah meminta Peter Bayer, setiausaha agung bagi sukan itu, "cadangan untuk menyemak dan mengoptimumkan organisasi struktur FIA F1 untuk musim 2022".



Mercedes tidak memberi komen mengenai laporan di akhbar Daily Mail bahawa ketua pasukan Toto Wolff bertemu Ben Sulayem, bekas pemandu rally, semalam.



Sebahagian besar perbincangan itu mungkin mengenai masa depan pengarah perlumbaan Michael Masi, warga Australia yang berada di tengah-tengah kontroversi itu.



Wolff berkata bulan lalu bahawa Mercedes akan memastikan FIA bertanggungjawab atas keputusannya di Abu Dhabi dan memerlukan tindakan serta kata-kata.



Bekas ketua komersial Formula Satu, Bernie Ecclestone, yang isterinya Fabiana adalah naib presiden FIA dan anggota Majlis Sukan Permotoran Dunia, memberitahu Mail bahawa badan pentadbir itu harus kekal dengan Masi. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >