Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

SUSULAN PIALA AFF SUZUKI

Hassan Sunny belum terfikir soal bersara dari skuad Singa

Penjaga gawang nasional pemain tertua di edisi Piala AFF ini; tekad terus aksi di tahap bola sepak tertinggi
Dec 31, 2021 | 05:30 AM



PADA usia 37 tahun, Hassan Sunny bukan sahaja pemain tertua dalam pasukan Singa bahkan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki ini.



Namun, soal persaraan masih jauh dari fikiran penjaga gawang yang telah 92 kali menyarung jersi nasional itu.



Usia nyata bukan penghalang bagi penjaga gol kelab Lion City Sailors itu, yang kini berada dalam prestasi terbaiknya dan berhasrat untuk terus bersaing di tahap bola sepak tertinggi.



Dalam wawancara eksklusif bersama Berita Harian (BH) baru-baru ini, Hassan berkata beliau tiada rancangan untuk bersara meskipun akur "badannya rasa berbeza".



"Sudah tentu, saya akan cuba sebaik mungkin (untuk terus bermain)," kata beliau.



"Cara pemulihan saya sekarang lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.



"Saya harus berterima kasih kepada bekas jurulatih pasukan nasional Tatsuma (Yoshida) dan jurulatih penjaga gol pasukan nasional Rameshpal (Singh) kerana membimbing saya dengan baik sejak beberapa bulan ini. Mereka faham kondisi badan saya berbeza daripada pemain lain yang lebih muda. Mereka beri saya lebih masa untuk pulih dan saya amat memerlukannya.



"Tapi, saya tahu saya tidak boleh mengambil kesempatan terhadap kelebihan ini. Saya masih perlu berusaha gigih dan saya berharap diberi peluang bermain untuk pasukan nasional lagi. Jadi, kita akan lihat bagaimana nanti."



Skuad nasional seterusnya akan bertanding dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC 2023 pada Jun tahun depan.



"Tiada jaminan tempat dalam pasukan nasional. Tapi, sebaik sahaja anda bermain dengan baik dalam liga, anda akan dipanggil dalam skuad pasukan nasional. Jadi, saya berharap dapat terus menunjukkan prestasi baik bersama kelab dan cuba rebut tempat dalam pasukan nasional," kata Hassan.



Di Piala AFF Suzuki ini, Hassan mendapat kepercayaan sebagai penjaga gawang nombor satu bagi kesemua enam perlawanan Singa dan sumbangan paling penting beliau adalah semasa perlawanan kedua separuh akhir yang dicemari pelbagai kontroversi.



Hassan beraksi cemerlang untuk menyelamatkan 11 rembatan dalam perlawanan, di mana pasukan Singa yang bermain dengan hanya sembilan pemain hampir menewaskan Indonesia.



Ini sebelum Hassan sendiri dilayangkan kad merah pada minit ke-118 waktu tambahan kerana mengasari pemain Indonesia, Irfan Jaya, di dalam kotak penalti.



Meskipun itu, aksi wira Hassan disambut dengan sorak gemuruh daripada penyokong setempat dan lawan di Stadium Negara.



Bahkan, persembahan penuh inspirasinya itu menerima pujian ramai sehingga diguna sebagai meme - bahan gurauan berbentuk gambar, video atau teks - yang kini tular di media sosial.



Antaranya termasuk meme yang menggelarkan Hassan sebagai Safest Hands in Singapore (Sepasang tangan yang paling selamat di Singapura) yang mengiktiraf sumbangannya mempertahankan gawangnya semasa menafikan percubaan bertubi-tubi pemain Indonesia, serta satu lagi meme-nya sebagai 'Kementerian Pertahanan'.



Ditanya mengenai reaksi luar biasa itu, Hassan tergelak kecil lalu berkata:



"Ia menunjukkan perubahan dalam persepsi penyokong Singapura dan serantau terhadap bola sepak kita. Kami tidak meraih keputusan yang kami inginkan, tetapi kami berjaya menambat hati orang ramai.



"Saya percaya itu adalah perkara yang paling penting. Ia akan membakar semangat kami untuk bermain dengan lebih baik dalam perlawanan akan datang."



Hampir seminggu sejak kekalahan pahit Singapura, namun ia masih sukar bagi Hassan melupakan malam yang dianggap "istimewa" itu.



"Saya sememangnya masih kecewa dengan keputusan itu tapi pada masa yang sama penuh emosi melihat sokongan luar biasa daripada peminat Singapura selepas kekalahan kami itu.



"Sepanjang 18 tahun penglibatan saya dalam pasukan nasional, ini pertama kali saya merasakan sokongan seperti ini. Ia detik yang sangat istimewa," tambah Hassan, yang pernah menjuarai Piala Suzuki bersama Singa pada 2004 dan 2007.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >