Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hassan Sunny sanggup tak makan ayam demi kekalkan prestasi

Penjaga gawang Singapura dijangka buat penampilan ke-108 – yang terbanyak untuk negara
Oct 12, 2023 | 02:49 PM



Daripada mempunyai berat badan 93 kilogram (kg) dan ukuran garis pinggang 38 inci (96.52 sentimeter), penjaga gawang pasukan bola sepak Singapura, Hassan Sunny, berjaya menurunkan berat badannya ke 85 kg dan saiz garis pinggang 32 inci.

Ini merupakan transformasi yang dicapai bukan kerana produk pelangsing, tetapi perubahan diet dan disiplin diri.

Ia merupakan hasil kerja keras pemain berusia 39 tahun itu yang turut mencatat penampilan terbanyak untuk negara.

Hassan memperoleh penampilan ke-106 dan ke-107 pada perlawanan persahabatan pada September, menentang Tajikistan dan Chinese Taipei, melebihi 105 penampilan seorang lagi penjaga gawang, David Lee.

Hassan adalah pemain yang dipercayai jurulatih Lions, Takayuki Nishigaya, untuk perlawanan kelayakan pusingan pertama Piala Dunia menentang Guam minggu depan.

Singapura yang menduduki tangga kedudukan ke-157 dunia, berdepan dengan Guam di tangga kedudukan ke-201, di Stadium Nasional pada Khamis dan lima hari kemudian pada 17 Oktober di Dededo.

Hassan, yang membuat penampilan negara pertamanya pada 2004, dua bulan sebelum mencecah usia 20 tahun, berkata: “Menjadi penjaga gawang dengan penampilan terbanyak untuk negara tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.”

Beliau menambah bahawa beliau berharap untuk kekal bermain bola sepak selama mungkin, dan menganggap rekod penampilan itu sebagai ‘bonus’.

Terdapat beberapa pengorbanan yang dilakukan untuk mencapai tahap ini, untuk digelar sebagai ‘Superman’ dalam kalangan peminat bola tempatan.

Hidangan ayam pernah menjadi kegemarannya. Beliau boleh makan ayam beberapa kali seminggu dan malah mengakui boleh menghabiskan sekotak 18 keping ayam dari restoran makanan segera dalam satu sesi makan.

Kini semuanya berubah. Nasi ayam ditukar dengan semangkuk sup saderi bebola ikan dan sedikit nasi beras perang.

Malah beliau tidak ingat bila kali akhir beliau makan nasi ayam.

Apa yang mendorong perubahan itu ialah dua kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada lutut kanannya dalam tempoh 11 bulan – pertama pada Mei 2011, kemudian pada Mac 2012.

Setelah dua tahun tidak dapat bermain, beliau sedar bahawa jikalau beliau inginkan kerjaya panjang, beliau perlu mengubah tabiatnya.

Pengurangan makanan secara beransur-ansur membawa kepada diet vegan, di mana beliau hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja, pada 2019.

Baru-baru ini, beliau menambah ikan kepada dietnya kerana menyedari beliau kehilangan jisim otot.

Profesionalisme Hassan diakui jurulatih kelab bola sepak Albirex Niigata, Kazuaki Yoshinaga, yang menyifatkan beliau sebagai “pemain paling profesional di negara ini”.

Jurulatih bola sepak kebangsaan, Nishigaya, turut menyifatkan Hassan sebagai contoh yang boleh diteladani.

“Hakikat bahawa beliau terus beraksi pada tahap tertinggi pada usia 39 tahun, adalah bukti kerja keras dan tahap disiplin beliau setiap hari,” kata Nishigaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >