Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Aksi EPL mungkin bersambung Jun ini

May 23, 2020 | 3:14 PM
SABAR MENUNGGU: Peminat EPL mungkin tidak perlu menunggu lama untuk aksi bola sepak liga itu kembali ditayangkan di televisyen.
SABAR MENUNGGU: Peminat EPL mungkin tidak perlu menunggu lama untuk aksi bola sepak liga itu kembali ditayangkan di televisyen. - - Foto fail

LONDON: Liga Perdana England (EPL) menaruh keyakinan bahawa aksi bola sepak liga utama itu akan dilanjutkan semula pada Jun ini, kata ketua eksekutifnya Richard Masters dalam laporan BBC semalam (23 Mei).

Liga tersebut telah ditangguhkan sejak 13 Mac lalu di tengah-tengah krisis Covid-19 dan 12 Jun telah dikenal pasti sebagai tarikh di mana ia mungkin dimulakan semula.

Para pemain kelab-kelab bertanding telah kembali berlatih dalam kumpulan kecil minggu ini.

"Kami telah mengambil langkah pertama," kata Masters kepada BBC Sport.

"Ia satu berita baik untuk semua, terutama para penyokong, untuk melihat pemain kembali berlatih.

"Kami telah melakukan segala yang kami mampu agar pemain kembali berlatih dengan selamat," tambahnya.

Bagaimanapun Masters berkata bahawa Liga Perdana tetap fleksibel mengenai tarikh untuk melanjutkan aksi liga.

Liverpool menduduki tangga teratas dengan kelebihan 25 mata ke atas Manchester City. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg