Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Henry sedia bimbing The Gunners

Feb 28, 2018 | 5:30 AM
SEDIA TAMPIL: Thiery Henry yang kini penolong jurulatih Belgium sedia tampil untuk memimpin Arsenal. - Foto fail
SEDIA TAMPIL: Thiery Henry yang kini penolong jurulatih Belgium sedia tampil untuk memimpin Arsenal. - Foto fail -

LONDON: Thierry Henry berkata adalah menjadi 'impiannya' untuk membimbing Arsenal selepas melihat Manchester City memenangi Piala Carabao.

Arsene Wenger sekali lagi berdepan kritikan pedas selepas The Gunners tampil dengan persembahan longlai ketika tewas 0-3 kepada City dalam aksi final di Wembley menerusi jaringan Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Kontrak Wenger masih berbaki sehingga 2019, tetapi spekulasi mengatakan beliau mungkin melepaskan jawatannya di akhir musim sekiranya Arsenal gagal meraih tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Henry yang bertugas sebagai penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium, berkata kepada Sky Sports: "Saya masih mempunyai tugas bersama Belgium.

"Tetapi saya masih bersama Belgium. Berminat? Ya, Siapa yang tidak minat?

"Tetapi saya tidak boleh bercakap mengenainya kerana perlu menghormati pengurus sedia ada dan tugasan saya kini adalah bersama Belgium."

Henry pernah menjadi penolong jurulatih skuad Bawah-18 tahun Arsenal musim lalu tetapi meninggalkan tugasnya selepas Wenger menjelaskan beliau tidak boleh melakukan dua tugas - jurulatih dan pengkritik sukan - dalam satu masa.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger menyalahkan kesilapan pertahanan pasukannya selepas tewas 0-3 kepada Manchester City pada final Piala Liga, namun turut berkata sistem ulangan video sepatutnya memutuskan satu daripada gol berkenaan dibatalkan.

Kelab utara London kini mencatat kekalahan keenam final Piala Liga, tiga di bawah Arsene Wenger yang tidak pernah menjulang gelaran itu, manakala City mencatat tiga kejayaan dalam tempoh lima tahun.

"Kami dihukum kesilapan sendiri," kata jurulatih kelahiran Perancis itu selepas perlawanan di Stadium Wembley.

"Anda tidak boleh katakan yang anda tidak kecewa apabila bolos seperti cara kami dibolosi. Namun anda mengambil baik dan buruk apabila menjadi pengurus dan itulah sebahagian daripada perlawanan."

Bekas penyerang Tottenham Hotspur Teddy Sheringham memberitahu BBC: "Jika Arsenal mahukan peluang hari ini mereka perlu bermain pada tahap sembilan per sepuluh dan saya tidak fikir mana-mana pemain Arsenal bermain lebih daripada lima per sepuluh. Tiada siapa yang beraksi dengan baik. Peminat Arsenal pastinya lebih kecewa dengan prestasi pasukan berbanding keputusannya." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg