Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Henry tinggalkan Montreal

Feb 27, 2021 | 5:30 AM
LETAK JAWATAN: Bekas penyerang Arsenal, Barcelona dan Perancis, Thierry Henry, telah meletak jawatan sebagai pengurus kelab bola sepak Major League Soccer di Amerika Syarikat, CF Montreal, atas sebab-sebab peribadi. - Foto AFP
LETAK JAWATAN: Bekas penyerang Arsenal, Barcelona dan Perancis, Thierry Henry, telah meletak jawatan sebagai pengurus kelab bola sepak Major League Soccer di Amerika Syarikat, CF Montreal, atas sebab-sebab peribadi. - Foto AFP -

BEKAS penyerang Arsenal, Barcelona dan Perancis, Thierry Henry, telah meletak jawatan sebagai pengurus kelab bola sepak Major League Soccer di Amerika Syarikat, CF Montreal, atas sebab-sebab peribadi.

Pengurus berusia 43 tahun itu, yang baru-baru ini dikatakan telah dikaitkan dengan jawatan kosong sebagai pengurus kelab Championship, Bournemouth, telah memimpin kelab MLS itu sejak November 2019.

Henry berkata beliau berat hati untuk meninggalkan Montreal namun terpaksa melakukannya kerana mendapatinya terlalu sukar berjauhan dengan keluarga.

"Ekoran pandemik ini, saya tidak dapat berjumpa dengan anak-anak," katanya.

"Malangnya, ekoran sekatan yang masih dikenakan, perpisahan ini terlalu berat untuk saya," ujar beliau lagi.

Menurut Henry, beliau akan pulang ke London dan mengucapkan terima kasih kepada Montreal atas peluang menakjubkan memimpin pasukan itu, termasuk membawanya ke peringkat play-off buat pertama kali sejak 2016.

Sebelum dilantik pengurus kelab MSL itu, Henry memimpin pasukan Ligue 1 Perancis, Monaco pada musim 2018/2019 setelah menjadi penolong jurulatih kepada Roberto Martinez dengan pasukan Belgium.

Pengarah Montreal, Oliver Renard, berkata: "Keputusan Henry meninggalkan kami amat dikesalkan dan terlalu awal memandangkan ia telah menunjukkan potensi untuk berkembang. Tapi setelah beliau memberitahu saya mengenai cabaran keluarga yang dihadapi, ia adalah sesuatu yang lebih penting daripada bola sepak.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau atas apa yang telah dibangunkannya di Montreal sejak beliau memimpin kelab ini." - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg