Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Hidilyn Diaz sumbang emas pertama Filipina

Jul 28, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Atlet angkat berat, Hidilyn Diaz mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama dari Filipina memenangi pingat emas Olimpik.



Atlet berusia 30 tahun yang juga pemenang pingat perak Rio 2016 dari bandar Zamboanga memenuhi impiannya dalam acara angkat berat wanita bagi kategori 55 kilogram di Tokyo International Forum.



Beliau berjaya mengatasi rekod peribadi terbaiknya serta mengalahkan pemegang rekod dunia, Liao Qiuyun dari China yang memenangi pingat perak.



Sementara itu, pingat gangsa dimenangi atlet Kazakhstan, Zulfiya Chinshanlo.



"Ia satu yang cukup menakjubkan, bagai satu impian jadi kenyataan," kata Diaz kepada AFP selepas pegawai Angkatan Tentera Udara Filipina itu mengalirkan air mata ketika berada di atas podium sambil lagu kebangsaan Filipina dimainkan.



"Saya ingat memberitahu generasi muda Filipina bahawa 'anda juga boleh mengimpikan emas ini juga'.



"Saya bermula dengan sebuah impian dan akhirnya saya berjaya melakukannya."



Diaz cukup dikenali di kalangan peminat sukan di negaranya, di samping minat masyarakat negara itu terhadap ikon tinju Manny Pacquiao.



Beliau membuat kejutan apabila memenangi pingat perak lima tahun lalu untuk memecah rekod kemarau pingat selama 20 tahun buat Filipina.



Diaz menghabiskan masanya dengan berlatih sepanjang tahun lalu selepas terperangkap di Malaysia kerana sekatan Covid-19.



Beliau menjadi atlet kedua Filipina untuk memenangi pingat Olimpik berturut-turut, menyertai perenang Teofilo Yldefonzo yang meraih pingat gangsa dalam acara kuak lentang 200 meter pada 1928 dan 1932.



Kemenangan pingat menerusi Diaz adalah yang ke-11 oleh Filipina sejak mereka mengambil bahagian buat pertama kali di Olimpik pada 1924. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >