Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

MENJELANG PIALA DUNIA QATAR

Hobi kumpul pelekat Panini kekal popular di era digital

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



HOBI mengumpul pelekat fizikal Panini kekal diminati dalam era digital, dengan permintaan terus meningkat terutama semasa musim Piala Dunia tahun ini, kata pengedar dan penjual pelekat itu di sini.



Panini adalah syarikat asal Italy yang mengeluarkan koleksi kad dagangan dan pelekat termasuk bertema bola sepak seperti Liga Perdana, Fifa 365, Euro Uefa dan Piala Dunia Fifa.



Di Singapura, Walter Agency ialah satu-satunya pengedar koleksi kad dagangan dan pelekat itu, dan telah mengendalikannya selama 30 tahun.



Pengurus pembangunan perniagaan Walter Agency, Pat Chua, memberitahu Berita Harian bahawa terdapat kumpulan peminat setia pengumpul Panini dari semua lapisan umur di sini, yang terdiri daripada kanak-kanak sekolah rendah hingga kepada warga tua yang telah mengumpul kad dagangan dan pelekat bola sepak Panini sejak usia muda.



"Bahkan, pengumpul dari Malaysia dan Brunei datang ke Singapura dengan matlamat sama untuk membeli, menukar, berdagang dan melengkapkan koleksi mereka," katanya.



Menurut beliau lagi, disebabkan pandemik, jualan koleksi Panini menjunam lebih setengah sejak 2020 dengan pengumpul luar negara tersekat dan mereka yang dalam negeri memilih untuk membeli dalam talian.



"Dengan sekatan pandemik kini dilonggarkan dan acara cabutan bertuah kembali diadakan tahun ini, jualan koleksi Panini, terutamanya Piala Dunia Fifa Qatar 2022 telah meningkat," tambah Chua.



Cabutan bertuah ini adalah untuk pengumpul yang telah berjaya mengumpul semua pelekat dalam album.



Pengumpul dengan album lengkap boleh menyertai cabutan itu untuk memenangi hadiah dari Walter Agency.



Bagi edisi Piala Dunia tahun ini, albumnya merangkumi 670 pelekat.



Setiap pek berharga $1.50 di sini dan mempunyai lima pelekat.



Selain dijual di kedai fizikal seperti kedai runcit 7-Eleven dan kedai buku Times Experience, pelekat Panini juga kini boleh didapati dalam talian menerusi platform e-dagang Shopee, Qoo10 dan Lazada, serta laman media sosial Facebook dan Instagram.



Penjualan hibrid ini juga didapatkan di kedai mainan Toy Brick Station, yang mempunyai tiga cawangan di sini - Serene Centre, Thomson Plaza dan Pusat Beli-belah Jelita.



Sejak melancarkan tempahan awal bagi pelekat Piala Dunia 2022 di Shopee dan Lazada pada awal September lalu, mereka telah menjual lebih 500 kotak pelekat dan beberapa ratus salinan album, kata pengurus Toy Brick Station, Ricky Munir.



Ditanya sama ada koleksi pelekat Piala Dunia ini, yang pertama kali dikeluarkan pada 1970, masih lagi digemari ramai pada hari ini, Ricky menambah:



"Permintaan sangat baik...Saya tidak akan mengatakan bahawa ia adalah hobi yang hampir mati. Sebaliknya, jualan semakin meningkat kerana ramai pelanggan mengingati koleksi ini sebagai nostalgia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >