Premium
Hodgson pertahan Rooney
Mar 29, 2016 | 5:30 AM
PERLU BUKTIKAN KEMAMPUAN: Kapten England, Wayne Rooney, perlu membuktikan kemampuannya untuk kembali mewakili England. - Foto REUTERS -
LONDON: Pengurus England Roy Hodgson membela Wayne Rooney mengenai kedudukan kaptennya itu dalam pelan Euro 2016 England selepas England mengalahkan Jerman 3-2 Sabtu lalu.
Selepas penyerang Tottenham Hotspur dan Leicester City, Harry Kane dan Jamie Vardy, menyamakan kedudukan dengan gol cantik, Hodgson memberitahu BBC kelmarin bahawa saranan agar Rooney memberi laluan kepada penyerang baru tidak dialu-alukan.

