Topik diikuti
Pergi ke BHkuHoki ais lelaki catat sejarah raih pingat pertama
Hoki ais lelaki catat sejarah raih pingat pertama
Hoki ais lelaki catat sejarah raih pingat pertama
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 10, 2019 | 5:30 AM
BERDEPAN dengan pasukan ais hoki Thailand yang tahap permainannya dianggap "di tahap yang lebih tinggi", strategi permainan Singapura bagi perlawanan akhir Sukan SEA kelmarin hanya tertumpu kepada usaha mempertahankan benteng tidak dibolosi timbunan gol.
Walaupun perlawanan itu berakhir 8-0 memihak kepada Thailand di SM Mall of Asia, kapten Singapura Chee Wee berasa pasukannya telah memenuhi jangkaan setelah menewaskan juara bertahan Filipina di separuh akhir, lapor The Straits Times.