Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Home United berjaya rebut Perisai Masyarakat selepas tewaskan Albirex Niigata

Feb 23, 2019 | 10:45 PM



PERLAWANAN Perisai Masyarakat AIA yang berlangsung di Stadium Jalan Besar malam tadi (23 Februari) menyaksikan pasukan Home United menang 5-4 melalui tendangan penalti selepas keputusan seri 0-0 pada wisel penamat.



Mereka mengalahkan juara bertahan, yang juga merupakan juara Liga Perdana Singapura (SPL) musim lalu, Albirex Niigata.



Penalti penentuan Home United dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain midfield Hami Syahin setelah beliau berjaya memperdaya penjaga gawang yang terlepas peluang menyelamatkan gol itu.



Dalam perlawanan di mana kededua pasukan kelihatan tidak mahu berganjak, Home United mendahului peluang terbaik dalam separuh pertama.



Ini setelah pada minit ke-35, Iqram Rifqi memberi hantaran lintang kepada Shahril Ishak dengan penjaga gawang Albirex berada di luar kedudukannya namun peluang tersebut tidak dapat dimanfaatkannya.



Separuh kedua pula menyaksikan Albirex lebih banyak mengasak kubu lawan namun tiada kesudahan yang berbisa.



Semasa mengulas tentang prestasi anak buahnya dalam sidang media selepas tamat perlawanan, jurulatih Albirex Keiji Shigetomi menyifatkan perlawanan tersebut agak mencabar namun bangga dengan usaha yang ditonjolkan.



“Kami memang sudah menjangkakan perlawanan ini agak mencabar namun pasukan kami bermain dengan baik,” ujarnya.



Jurulatih Home United Saswadimata Dasuki menyifatkan perlawanan tersebut sebagai “perlawanan padat”.



“Mereka sangat berdisiplin dan terurus di bahagian midfield, lantas agak payah untuk menembusi benteng mereka,” ujarnya.



Kemenangan perlawanan ini bermakna Home United berjaya menjulang piala pertama mereka bagi musim ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >