Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PERISAI MASYARAKAT 2023: SAINGAN BOLA SEPAK S'PURA BUKA TIRAI

Hougang ramai 'muka baru' tapi jurulatih harap pasukan dapat terus catat kejutan

Feb 18, 2023 | 05:30 AM



EMPAT bulan lalu, Hougang United kendalian jurulatih, Firdaus Kassim, mencatatkan kejutan dalam Piala Singapura 2022 apabila menyingkirkan juara Liga Perdana Singapura 2022, Albirex Niigata, yang juga pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan merebut piala itu di peringkat separuh akhir.



Kejayaan mereka ke perlawanan akhir kemudian menyaksikan Hougang menjulang trofi kejohanan besar pertama kelab itu selaku juara Piala Singapura.



Pada Ahad, Firdaus dan anak didiknya berharap dapat mengulangi persembahan itu menentang Albirex dalam Perisai Masyarakat 2023 di Stadium Jalan Besar.



"Kami menunggu saat ini sejak hari pertama pramusim. Pasukan telah menjalani latihan kecergasan yang intensif untuk mempersiapkan diri bagi musim yang panjang ini," kata Firdaus, yang menggantikan Clement Teo sebagai ketua jurulatih tetap Hougang bagi 2023.



Firdaus, 35 tahun, menggalas tugas itu secara sementara sejak September 2022 ketika Teo menghadapi masalah kesihatan.



"Walaupun Perisai Masyarakat bukanlah pertandingan rasmi dan dianggap sebagai perlawanan persahabatan, ia sentiasa bagus untuk menang mana-mana perlawanan... untuk memenangi trofi yang ditawarkan akan menjadi batu loncatan untuk kami mencapai kejayaan musim ini," tambah Firdaus.



Bagaimanapun, beliau meletakkan harapannya pada skuad yang 'baru'.



Pasukan bergelar The Cheetahs itu kehilangan beberapa pemain utamanya musim lalu.



Penyerang Shawal Anuar dan pemain bek tengah Lionel Tan telah berpindah ke Lion City Sailors, manakala pemain import, Pedro Bortoluzo, Andre Moritz dan Kaishu Yamazaki juga telah meninggalkan kelab.



"Ia sentiasa mengecewakan apabila kehilangan pemain utama tetapi anda harus menerima hakikat jika pasukan anda bermain baik sepanjang satu musim, anda akan kehilangan pemain terbaik anda kepada pasukan yang lebih besar dan mempunyai sumber yang lebih baik pada musim berikutnya," ujar Firdaus.



Namun, patah tumbuh hilang berganti. Barisan rekrut yang dibawa masuk Hougang musim ini juga bukan calang-calang.



Pemain antarabangsa Singapura seperti penjaga gol Zaiful Nizam; pemain bek Irwan Shah; pemain midfield Shahdan Sulaiman; serta pemain sayap Gabriel Quak dan Hazzuwan Halim memperkuatkan skuad. Antara mereka, terdapat lebih 150 penampilan untuk pasukan nasional Singapura.



"Kami cuba membawa masuk pemain dengan mentaliti yang ingin menang, pernah menjadi juara, ada kepimpinan dan dapat meningkatkan tahap profesionalisme kelab.



"Dengan pemain-pemain ini, mereka telah menyampaikan apa yang diminta iaitu profesionalisme di luar padang dan kami mahu melihatnya turut dibawa ke padang," kata Firdaus lagi.



Bekas penolong jurulatih kelab Thailand, Muangthong United dan Chainat Hornbill, itu juga menjanjikan "idea baru" dalam corak permainan pasukannya, malah yakin Hougang dapat memberi saingan sengit dalam musim Liga Perdana Singapura 2023 meskipun mereka hanya mampu menamatkan pertandingan di tangga kelima pada musim 2022.



"Kemenangan piala musim lalu mewujudkan kepercayaan bahawa dengan 'ramuan' yang betul, kami boleh mendorong diri kami untuk bersaing untuk mencabar liga musim ini," kata Firdaus.




TUNGGAK HOUGANG UNITED



GABRIEL QUAK

Hougang United

Pemain sayap



Quak, 32 tahun, juga seorang lagi pemain antarabangsa Singapura yang dilepaskan Lion City Sailors musim lalu.



Walaupun berada di hujung-hujung kerjaya profesionalnya, Quak masih dianggap sebagai antara pemain sayap terbaik dalam Liga Perdana Singapura (SPL).



Dengan kelincahan dan kemahiran menggelecek bola, Pemain Terbaik SPL 2020 itu dijangka mempunyai pengaruh besar dalam serangan Hougang pimpinan jurulatih, Firdaus Kassim, musim ini.



Quak juga telah menjaringkan 11 gol dalam 23 perlawanan liga untuk Sailors pada musim 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >