Hougang sasar sekurang-kurangnya satu daripada tiga trofi
Premium
Hougang sasar sekurang-kurangnya satu daripada tiga trofi
Feb 17, 2017 | 5:30 AM
KERJASAMA MEMBAWA PEMBAHARUAN: Pengerusi Hougang United, Encik Bill Ng (kiri), menyampaikan kit terbaru kelab itu kepada pengerusi dan pengasas Green Rubber Global, Encik Vinod Sekhar, salah satu penaja utama kelab itu. - Foto ZAINAL YAHYA -
HOUGANG United kini menaruh harapan besar serta menetapkan sasaran menjulang sekurang-kurangnya salah satu daripada tiga trofi yang dipertarungkan musim ini di bawah pimpinan ketua jurulatih baru, Philippe Aw.
Di samping itu, pasukan itu juga ingin memperbaiki kedudukan dan mencapai kedudukan lebih tinggi di tangga liga selepas hanya mampu meraih tempat keenam musim lalu dengan 32 mata.

