Hougang United buat laporan polis tentang dana $250,000 yang lesap
Hougang United buat laporan polis tentang dana $250,000 yang lesap
liga perdana singapurasplHougang Unitedwang lesappolisPersatuan Bola Sepak SingapuraFASditangkapsiasatan
Feb 24, 2019 | 5:04 PM
WANG LESAP: Hougang United berkata laporan polis itu dibuat pada hari kejadian itu Disember lalu dan FAS telah dimaklumkan. - Foto HOUGANG UNITED
KELAB Liga Perdana Singapura (SPL) Hougang United telah membuat laporan polis terhadap seorang kakitangan mereka berhubung dana berjumlah $250,000 yang lesap daripada operasi clubhouse mereka.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah dimaklumkan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
"Laporan polis sudah dibuat dan polis juga telah menangkap seorang pekerja kelab berhubung hal ini," kata jurucakap FAS.

