Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Hougang Utd sapu 2 daripada 3 anugerah FAS

Tomoyuki Doi dinobat Pemain Terbaik; Clement Teo terima Anugerah Jurulatih Terbaik; dan Nur Adam Abdullah diiktiraf Pemain Muda Terbaik
Oct 13, 2021 | 05:30 AM



KEJUARAAN Liga Perdana Singapura (SPL) mungkin milik Lion City Sailors Ahad lalu, namun Hougang United muncul sebagai pemenang terbesar di Malam Anugerah Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2021 semalam, menyapu dua daripada tiga anugerah berprestijnya.



Penyerang Hougang Tomoyuki Doi dinobat Pemain Terbaik musim ke-26 liga manakala jurulatih mereka, Clement Teo, menjadi jurulatih tempatan pertama dalam 12 tahun - sejak bekas jurulatih SAFFC Richard Bok pada 2009 - untuk menerima Anugerah Jurulatih Terbaik.



Pemain bek kiri Sailors Nur Adam Abdullah, 20 tahun, diiktiraf sebagai Pemain Muda Terbaik tahun ini. Rakan sepasukannya Gabriel Quak menang Anugerah Gol Terbaik ketika menghasilkan jaringan pada sentuhan pertama menentang Balestier Khalsa April lalu.



Doi, 24 tahun, juga mengakhiri musim ini sebagai Penjaring Gol Terbanyak, dengan 19 gol dalam 21 perlawanan.



"Saya tidak sangka dapat menang sebab kami (Hougang) bukan juara liga musim ini," kata pemain kelahiran Jepun itu yang dicalonkan bersama dua pemain Sailors, Stipe Plazibat dan Jorge Fellipe.



"Tapi, saya gembira kerana akhirnya dapat menang anugerah ini," tambah calon Anugerah Pemain Terbaik 2020 itu.



Rakan senegara dan penjaga gol Albirex Niigata, Takahiro Koga, mencipta sejarah sebagai penerima sulung Golden Glove SPL - yang mengiktiraf penjaga gol dengan rekod paling bersih dalam musim - selepas mencatat lapan perlawanan tanpa gawangnya dibolosi.



Teo, 54 tahun, yang membimbing Hougang ke tempat ketiga musim ini sekali gus berjaya membawa The Cheetahs ke Piala AFC musim depan, berkata: "Saya tidak dapat lakukan semua ini sendirian. Saya ada 25 anak dalam bilik salinan...Ia adalah musim bak 'rollercoaster' tapi saya terharu diberi anugerah ini."



Nur Adam pula mempunyai musim yang diidam ramai pemain muda, melengkapkan 16 daripada 21 perlawanan dalam musim pertamanya bersama Sailors.



"Saya rasa gembira dan bersyukur...Ia adalah musim yang sukar tapi juga menarik sebab saya dapat menjadi juara bersama Sailors dan menang anugerah individu ini," kata beliau, yang baru-baru ini juga dipanggil dalam skuad sementara nasional bagi Piala Suzuki AFF.



"Saya harus beri penghargaan kepada rakan pasukan yang dorong saya untuk perbaiki diri...dan beri saya keyakinan."



Pemain Sailors dan Albirex mendominasi Pasukan Terbaik SPL. Dalam bentuk formasi 4-3-3, mereka ialah penjaga gol Koga (Albirex); pemain pertahanan Kazuki Hashioka, Shuya Yamashita (kedua-dua dari Albirex), Fellipe dan Nur Adam (kedua-dua dari Sailors), pemain midfield Ryoya Taniguchi (Albirex), Shahdan Sulaiman (Sailors) dan Kaishu Yamazaki (Hougang); dan penyerang Doi (Hougang), Plazibat (Sailors) dan Šime Žužul (Balestier).



Calon muktamad dan pemenang anugerah Pemain Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pemain Muda Terbaik, Gol Terbaik dan Pasukan SPL Terbaik dipilih panel terdiri daripada ketua jurulatih, kapten, dan pengurus besar lapan kelab SPL, serta pengarah teknikal FAS Joseph Palatsides, ketua belia elit FAS Fandi Ahmad dan lima wakil media.



Sejumlah 15 Anugerah Penghargaan FAS turut disampaikan di acara semalam. Ini termasuk pemain nasional dengan penampilan terbanyak untuk Singapura, Daniel Bennett, yang baru menamatkan rekod musim ke-23 beliau dalam liga setempat.



Majlis penyampaian anugerah semalam diadakan secara fizikal di Aux Media Studio dan distrim di laman Facebook dan saluran YouTube FAS.



Dek langkah pengurusan selamat Covid-19, acara tahun ini hanya dihadiri hadirin tertentu, seperti pemenang dan penyampai anugerah serta kru penting acara.




PEMENANG MALAM ANUGERAH FAS 2021



  • Pemain Terbaik: Tomoyuki Doi (Hougang United)

  • Pemain Muda Terbaik: Nur Adam Abdullah (Lion City Sailors)

  • Jurulatih Terbaik: Clement Teo (Hougang United)

  • Gol Terbaik: Gabriel Quak (Lion City Sailors)

  • Pengadil Terbaik: Jansen Foo

  • Penolong Pengadil Terbaik: Ronnie Koh

  • Penjaring Terbanyak SPL: Tomoyuki Doi (Hougang United)

  • Golden Glove SPL: Takahiro Koga (Albirex Niigata)

  • Permainan Adil: Albirex Niigata




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >